Doa Penerang Hati :)
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Salam semua :)
Sedikit nasihat untuk dikongsi bersama...renungkan lah...terima kasih wardah safwah :)
Ku menyeru kepada setiap yang imani hamba kepada Allah,setiap yang mengaku umat muhammad Rasulullah... Hanya satu perbezaan kita dengan Israel dan sekutunya...hanya satu,tiada yang lain, kita punya Allah yang Maha Perkasa,sedang mereka hanya punya jiwa yang bergelora Namun pabila kita melakukan perkara yang menjauhkan kita dari Yang Maha Berkuasa kita sudah tidak punya apa-apa!!!sedang mereka mara bermaharajalela.... Siapa kata kita tak boleh buat apa2 Baiki hubuganmu dengan Yang Mencipta, Jauhi dosa2 yang membinasa Kerana DOSA itulah penghalang pertolonganNya Janganlah disebabkan diri kita yang penuh noda Dia menangguhkan bantuanNya Sedangkan kita takkan berjaya tanpa kebersamaanNya!!! Jesteru itu TAUBATLAH sungguh2 atas dosa kerana hanya itulah syarat untuk mendapatkan pertolonganNya.
Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment