Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Saturday, December 6

#55

Assalamualaikum ^_^

Ada teringin mencuba susu kambing yang sedap dan berkhasiat? nanti saya akan sharekan kebaikan susu kambing NutriGoat Miracle 8 yang sedang saya amalkan =) stay tune on next entri ya.

#54

sudah setahun lebih emak pergi meninggalkan kami...alfatihah.. moga emak sentiasa tenang di sana. anakandamu tiap hari masih rindukan kamu.. terngiang2 emak memanggil along, kakak. bersyukurlah buat kalian yang masih punya bonda di dunia ini. jagalah mereka sebaiknya kerana apabila mereka telah tiada, hilanglah satu keberkatan kita di dunia ini. tiada lagi ibu untuk doakan yang terbaik utk anak2...moga Allah berikan yang baik untuk menggantikan nikmat yang hilang itu...

banyak perkara yang berlaku dlm tahun ini....

antaranya,

* januari - abah terlibat dalam kemalangan di gua musang. disebabkan kecuaian pemamdu, abah yang duduk di seat belakang mendapat kecederaan agak parah. ak dan adikku dibawa ke hospital gua musang oleh rakan2 abah, cg mansur dan cg omar. aku belum bersedia utk kehilangan lagi. Allah Maha Mengetahui isi hati kami sekeluarga. sebak saatku bertemu abah dengan keadaan darah penuh di kepala. ada luka di sebelah kening kanan akibat terkena serpihan cermin. akibat dari kemalangan ini, abah kehilangan penglihatan sebelah kanan kerana kecedaraan pada saraf mata. seminggu di hospital besar kota bharu dan kemudian di transfer ke ppum. di ppum pembedahan menampal plat pada tulang muka abah yang retak dan luka abah juga kelihatan semakin mengecil dan hampir cantum semula. tengkorak abah juga ada retak tapi Dr cakap akan pulih sendiri dan hanya tulang pipi yang dibuat pembedahan kerana ada yang patah. banyak lagi kalau nak diceritakan detail. dengan masa ini aku kalut persiapan utk berkahwin pada bulan hadapan. Allahuakbar...

* februari - abah beransur pulih dan dpt pulang ke rumah awal februari. ak sudah pulang awal sehari utk membuat persiapan perkahwinan. terima kasih kpd nenek saudaraku dan kawan baik arwah mak kerana banyak membantu. alhamdulillah, aku kini menjadi seorang isteri. terima kasih ya Allah atas kurniaan rezki jodoh ini

*julai - kali pertama along beraya dengan mertua. mujur dapat juga balik rumah di pagi raya sebab tertinggal baju raya laki bini. huhuhu. tgklah mak anak mak yang clumsy ni. huhu. neves sgt nak raya umah mertua. hehe

* ogos - adikku wani dirisik orang, dan untuk memudahkan cerita, mereka selamat ditunangkan juga. suka sangat yek. hoho. and abah mengejutkan kami di hujung bulan ini untuk berkenalan dengan seorang cikgu yang dikenenkan oleh kawan beliau. ak wat cool je la sbb igtkan baru nak berkawan kan.

* september - abah membuat keputusan untuk berkahwin pada bulan november atas permintaan mak cik itu. kami adik beradik amat terkejut namun kami redha andai ini yang terbaik untuk abah. sepanjang tiada arwah emak, abah banyak termenung dan berdiam diri. mmg abah masih terasa kehilangan emak namun atas kata2 semangat dari rakan2nya, beliau memilih untuk menerima berkawan dgn makcik ini.

* oktober - abah bertunang sehari sebelum raya haji. suami xdapat balik raya haji, jadi ptg raya gerak ke rumah suami di kemaman bersama keluarga mertua. terima kasih mak mertua masakkan yang sedap2 utk dibawa ke rumah anak emak ni. ak solat raya haji di jerantut dan slps itu aku pulang ke jengka manakala adik2 ku beraya di rumah dan balik hari ke kampung.

* november - 22 hb, abah selamat bernikah. suami pula dalam perjalanan ke myanmar atas urusan kerja pada hari yang sama. moga ini yang terbaik utk abah. selamat dtg umi ke keluarga kami. terimalah kami seadanya. moga2 yang baik2 dalam keluarga kita ya

* disember - suami masih di sana, moga dia pulang sebelum tiba harijadi isterinya ini. hehe.

#selamat ulang bulan perkahwinan yang ke 10 bulan. gedik2 sikit kira bulan pada tahun pertama. lps ni count yearly pula ya. moga2 kita dikurnikan zuriat2 yang soleh dan solehah. harap2 sy boleh bersabar lagi menadah telinga bila saat org menanyakan bila nak ada anak. kita yakin dengan rezeki Allah kan syg. keep praying.. usaha yang terbaik kita buat. sabar usaha tawakal. insyaallah ada rezeki kita ^_^

Sunday, October 13

#053

Al-fatihah...

kini sudah 91 hari emak meninggalkan kami... aku ingin sambung coretan yang lepas.. di mana pengalaman aku menjaga ibuku selama sebulan 2 minggu sebelum dia pulang ke rahmatullah....

selepas aku pulang ke UTM, aku hanya dapat follow up cerita mak melalui telefon sahaja. semasa aku sedang sibuk melakukan projek akhir dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir, kakak sepupuku, kak ain, msg di fb aku menanyakan bilakah aku akan habis. aku menjawab aku akan hbs paper pada hari isnin dan hari rabu aku ada presentation untuk projek akhir. dia cuma menyatakan dia akan balik ke kampung dan follow emak ke KMC untuk lawatan ke tiga. aku mulai curiga mengapa beliau mesti ke kuantan bersama emak? adakah emak sedang menanggung sakit yang amat teruk? aku berasa amat tidak senang hati. aku terus menerus bertanya kepadanya sambil air mata bercucuran dan berdoa agar emak terselamat dari penyakit yang merbahaya. kak ain tidak menyatakan apa2 cuma dia nasihatkan aku supaya berdoa untuk emak supaya selamat dari sebarang penyakit yang berbahaya. aku mula tidak dapat fokus untuk menyiapkan kerja aku dan untuk study bagi menjawab peperiksaan akhir.

tiba masanya, aku menjawab exam. agak frust kerana banyak juga yang aku tidak dapat jawab. aku cuak kena repeat paper nie lagi. aku berdoa agar urusanku dipermudahkan. mungkin semester ini banyak dugaan untukku, dan aku mesti terima dengan redha. aku sabar menanti hari rabu, untuk cpt2 present dan balik untuk bersama emak. aku risaukan dia. apa dia makan, apa dia buat, dah makan ubat ke belum. aku teringat aku menangis teresak-esak saat abah menghantar aku untuk naik bas pulang ke jb. sepanjang perjalanan aku menangis. apabila penat, aku tertidur. dan pabila terjaga, aku kembali menangis sehinggakan aku tidak menanggalkan kaca mata hitamku kerana aku bimbang orang akan salah faham pula melihat mataku yang bengkak dan merah itu. tiba di jb, aku cuba menghappykan diri dengan rakanku namun aku tetap teringatkan emak yang sakit di rumah. selepas aku selesai present, Prof menyuruh kami menyiapkan lagi projek dengan membuat aplikasi telefon. aku menangis dalam hati. apakah dugaan ku bertambah lagi. aku tekad untuk tidak melaksanakan tugas tersebut dan aku minta partnerku, Yaya untuk menghantar apa yang kami telah siapkan dan tidak perlu buat mobile application itu. sesudah aku present, aku bergegas pulang ke bilik dan mengemas barang2ku supaya esok aku boleh keluar awal pagi dengan aman dan tenang. keesokkan harinya, aku pulang menaiki bas cepat ekspress. aku call mak bagitahu aku sudah berada di stesen bas. mak kata hati2 dan berdoa agar aku cpt sampai. aku pun balik dengan fikiran yang tidak tenang dan hati yang resah memikirkan bagaimanakah kondisi sebenar ibuku yang sebenarnya... dalam benak fikiranku juga terlintas adakah emak sakit appendik? aku tidak sabar untuk sampai. tiba di temerloh, aku dapati bas ekspres ke jerantut telah terlepas. aku pun call mak dan beritahu aku ingin naik bas jam 5.00 petang namun mak menyuruh aku naik bas ting tong sahaja. aku pun menaiki teksi ke bandar lama dan menanti bas terhampir iaitu jam 4 petang. dengan bagasi yang banyak, aku menaiki bas tingtong dan aku membuat keputusan untuk berhenti di tepi jalan di persimpangan depan taman perumahan ku. aku menarik bagasi untuk pulang dan apabila aku tiba di rumah, aku melihat emak berada di kerusi malas dengan keadaan yang amat tidak larat. rasa nak gugur jantung. aku menangis dalam hati. aku menahan air mata agar tidak berguguran di hadapan emak. mak menceritakan kepadaku yang dia menjadi amat ketar tatkala selepas minum singgang daging. aku sedih melihat keadaan emak. Ya Allah..ujian apakah yang Kau berikan kepada emakku... mak menahan sakit siang malam. aku memujuk emak supaya bersabar dan emak menunjukkan laporan Dr. rupanya emak disahkan menghidap kanser kolon tahap 4 ;( aku rasa amatlah berat ujian yang emak terima... mak redha dengan ujian yang diberi olehNya. mak sabar dan tabah melalui hari2nya selepas disahkan menghidap penyakit itu.

pada hari sabtu, aku, mak dan abah bergerak ke kuantan untuk mendapatkan laporan pakar sebelum ke kuala lumpur. mak ingin mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana di sana ada pakar untuk merawat penyakit ini. pada hari yang sama, encik tunang turut turun ke KMC bertemu keluargaku sebelum berangkat ke KL. terima kasih encik tunang kerana memberi aku iphone 5. kerana dengan adanya iphone ini, aku merakan detik2 terakhir bersama dengan emak. terima kasih sangat2.

bermulah cerita di kl, pak ngah membawa emak ke rumah ustaz di batu caves. kami mencuba rawatan alternatif. ada 5 sesi wajib datang dan setelah itu..ada kisah di sebaliknya yang berlaku... biarlah kusimpan kemas saat2 itu...moga Allah memberi balasan setimpal atas setiap apa yag berlaku. emak berpesan kepadaku agar redha dengan ujian ini. emak berkata demikian juga kepada dirinya juga. Allah sayang mak. sebab tu dia beri ujian hebat kepada emak. mak memang insan yang kuat. pada hari selasa (25 jun 2013), emak dibawa ke hospital selayang pada mulanya untuk mendapatkan rawatan pakar namun hospital berkenaan tidak menerima kenrana mereka tidak mempunyai kepakaran untuk handle case emak. keadaan emak amatlah lemah dan hypo sebenarnya. patotlah mak berpeluh sangat2. ;( pada jam 4 petang, kami tiba di HKL untuk memastikan emak tetap mendapat rawatan pada hari itu kerana keaadaan mak amatlah lemah pada hari itu dan dia juga berkeras untuk tidak mahu pulang ke rumah emak saudaraku di PJ. akhirnya pada jam 7.30 malam, emak ditempatkan di wad pembedahan am, tingkat 3 wad 11 katil 17.
rupanya...abah diberitahu oleh Dr bahawa mak hanya ada tempoh enam bulan sahaja lagi...luluh hati abah. abah tidak memberitahu aku..ini diceritakan selepas pemergiaan ibuku.. patotlah muka abah sangat rungsin selepas meeting dengan Dr... mereka hanya bercakap berdua dan aku dan emak berada di dalam wad. patotlah pakcik2 ku memberitahuku agar jaga mak baik2, kesian dekat abah...rupanya abah kena buat satu keputusan yang berat dan besar... ;(  hati suami mana tidak resah gelisah bila mendapat perkhabaran itu... 24 tahun bersama....

bermulalah malam pertama kami di hospital. mak kepanasan.. sememangnya pesakit kanser akan berasa panas dan perlukan kipas atau aircond bagi membuatkan mereka berada dalam keadaan selesa sedikit. pada hari ketiga di hospital, barulah emak kena tapping untuk membuang air bg memastikan keselesaan perutnya walaupun tidaklah selesa mana (dalam keadaan perutnya besar seperti mengandung 9 bulan dan sentiasa tegang. aku belum boleh imagine bagaimana perasaan seorang ibu mengandung selama sembilan bulan itu...) kasihan emak. aku tidur di sisi emak tiap2 malam dan aku akan cuba untuk mengaji bagi menenangkan emak dan juga diriku. di dalam wad berkenaan, bermacam gaya pesakit dapat aku perhatikan. selama 8 hari di HKL, mcm2 pengalaman aku dapat. rasa bonding mom-daughter makin kuat. semasa hari ke-6, aku mendapati di FB, keputusan exam hari tu dah keluar namun namaku tiada dalam senarai gambar yang diambil oleh pelajar kelas itu. aku berdebar menantikan keputusan lalu aku call supervisor aku untuk mendapatkan maklumat markah aku. alhamdulillah supervisorku adalah coordinator program. tiap2 yang Allah rancangkan adalah terbaik untuk setiap hambaNya. maka bersabarlah dan redhalah dengan tiap2 ujian, cabaran yang sedang dilalui. aku sabar menanti return call dari sv sbb dia nak semak dahulu. berita gembira kedengaran. air mata kesyukuran tumpah jua. mak telah mendoakan untuk aku dan alhamdulillah aku berikan A kepada emak. mak juga tumpang gembira. Allahuakbar. aku bersyukur padamu. mak ckp along kan usaha, mak dah doakan. alhamdulillah rezki along merasa la dapat 4.00 untuk semester ini (kerana aku memang ambil satu subject sahaja sem itu). rasa happy sangat :) terima kasih mak. syukur alhamdulillah ya Allah kerana memakbulkan doa seorang ibu yang amatlah disayangi. pada hari ke-8 di hospital, emak dibenarkan keluarkan dan menunggu masa untuk dtg semua bertemu dengan palliative team dan menjalankan rawatan chemo jika keadaan mak stabil. kami pergi membuat rawatan alternative dulu sebelum pulang ke rumah dan pabila tiba di rumah mak teh, kami ditempatkan di dalam bilik anak bujang mak teh. hari2 di rumah mak teh, keadaan mak pada mulanya ok selepas pulang. keesokkan harinya aku pulang ke jb sebentar untuk mengemas saki baki barang aku untuk dimasukkan ke dalam stor dan untuk dibawa ke rumah kawan2 aku (fathin dan aina). aku kemas sepantas mungkin supaya aku sempat untuk pulang semula ke pj pada esok hari. abah berulang dari umah ke pj pada hujung minggu. beberapa hari kemudian, keadaan kesihatan mak mula merosot. mak xlalu makan. mak berada dalam keadaan semakin lemah. pada hari khamis (11.7.2013), mak mengadu pada kak ain yang dia rasa sangat sakit dan mulai demam. aku berusaha mendapatkan sebuah ambulans supaya emak dapat dibawa ke hospital berdekatan (pusat perubatan universiti malaya). last2 xdpt call ambulans dan akhirnya sepupu aku menghantar kami ke hospital. aku menemani emak sepanjang di wad kecemasan.

rupanya, mak kena jangkitan dekat tempat tapping tu. Dari HKL tidak keluarkan wire tapping tu dan risiko itu memang sudah diberitahu sebelum kami pulang. setiap hari, kak ain akan buang air dari tapping wire itu kerana mak cakap dia akan rasa lega sikit bila air itu dikeluarkan. hemoglobin emak juga sangat rendah dan Dr mengarahkan staf nurse untuk menambah darah emak. darah aku dan emak sama. aku ingin memberi darahku namun emak menolak. antibiotik dan air garam bersilih ganti diimasukkan sepanjang kami di wad kecemasan itu. katil hospital penuh dan kami bersabar menanti hingga waktu hampir berbuka, barulah kami dapat katil di menara utama, tingkat 7 katil 15. kak ain belikan air soya dan hot n roll. kami berbuka puasa makan itu dahulu. pak teh dan sepupuku dtg menghantar barang-barang untuk kegunaan kami dan juadah berbuka puasa....

pada hari jummat...abah tiba bersama adik no3 dan kami berbuka puasa bersama-sama...mak nampak happy sebab dapat jumpa abah. mak ckp mak mimpi abah. aku xdpt dengar dengan jelas details mimpi tu sbb ak duduk di hujung katil, tgh siapkan makanan utk berbuka puasa. setelah hampir jam 9 malam, abah dan adik pulang berehat di rumah makteh dan aku stay di hospital. malam itu, ak rasa kaki mak sebelah amat sejuk manakala sebelah lagi seperti biasa. aku sudah mula cuak. ak lihat emak masih bernafas. laju2 aku berdoa moga Allah memberi kesembuhan kepada emak. ak ttdo sebelah emak dan ak rasa beberapa kali aku terjaga mak kejutkan aku. nak minum air, mimpi yang agak menakutkan, (yang ni aku dengar mak mcm bercakap-cakap lalu ak segera kejutkan emak dan memasang surah2 pilihan sepanjang masa di telinga emak), rasa xselesa, rasa tiub kencingnya yang teralih. ak memanggil staff nurse utk bantu sbb ak memang xtw cara nak betulkan. mujur makteh bekalkn sahur jadi ak bersahur sebelah emak shj. pabila tiba waktu subuh, ak meminta izin emak utk solat di surau. mak suruh ak balik cpt ke katil kerana dia tidak mahu tinggal seorang diri.

pada pagi sabtu, suatu pagi yang aku rasa sangat meninggalkan kesan yang amat mendalam bagiku.  yang selama ini aku rasa hanya nampak di dalam drama kaca tv.  usai sarapan pagi, seperti biasa aku dan emak menanti pakar utk melihat condisi emak. selepas membuat pemeriksaan, doktor memanggilku ke luar wad. hatiku mula rasa kurang enak. ak cuba menguatkan semangat utk menerima apa jua kata dari doktor. Doktor membertitahuku keadaan emak semakin kritikal. beliau menjangkakan mungkin mak dapat bertahan seminggu lagi atau sebulan atau setahun (semua kerja Allah, Dr hny memberitahu apa yang dia faham dr ilmu yang dia ada) saat itu, jantungku berasa terhenti seketika. menitis air mata kerana aku menjadi insan pertama mendengar perkhabaran dari mulut Dr. Allah shaja yang Maha Mengetahui isi hatiku ketika itu. Dr menasihatkan aku supaya memberitahu kpd ahl keluarga yang lain untuk mendengar penjelasannya pada pagi ahad. usai shj pertemuan dgn Dr, ak berlari keluar wad dan menagis semahunya. ak call abah supaya dtg hospital. ak call kawan ak utk beritahu supaya doakan emak aku. ak bgth tunangku supaya mendoakan emak dan kalau sempat dtglah ziarah emak pada hari itu. pagi sabtu yang betul2 meruntun jiwaku. setelah tenang, ak kembali ke katil. melihat wajah emak yang tidak bermaya, membuatkan ak rs igin menagis kembali. namun aku kuatkan hati. xlama kemudian, ad seseorang datang (dah lupa siapa) tapi dia bertanya pada emak samada ada hajat terakhir ke nak buat. lagi la ak rasa sebak. ni salah satu ikhtiar yang diambil oleh pihak hospital. mak cakap xde apa2 wish pun. xlama kemudian, along (kakak kesayanga) dtg menziarah emak. gigih along dtg naik public transport tw. Allah je tahu betapa aku rs bersyukur ada sahabat sepertinya. along melihat keadaan emak achik kan. achik menangis juga depan along. betapa tidak bersedianya achik utk perpisahan terakhir itu. setelah ak memaklumkan kepada sanak saudara yang lain, ramailah pelawat emak harini. alhamdulillah, keluarga tunang dtg ziarah pada waktu ptg. terima kasih makcik dan pakcik serta encik tunang sbb tiba jua utk ziarah emak buat kali terakhir. atas faktor ramai pelawat, staff nurse telah memindahkan mak ke bilik isolasi dimana lebih selesa utk org melawat dan tidak mengganggu pesakit lain di cubicle mak yang sebelum ini. di bilik itu tersedia sebuah katil dan sebuah bilik air serta lebih luas. ada rakan2 abah dan emak juga menziarahi emak pada hari ini.

peristiwa seterusnya, adikku wani, yg sedang final exam di uitm machang, beliau adalah insan terakhir yang mengetahui  keadaan emak. ak tidak tahu apa ada dalam hatinya tapi selepas perkhabaran dr pagi itu, ak cadangkan pada abah supaya wani dpt  dtg juga hrni. alhamdulillah, dia dpt beli tiket flight on the spot, terima kasih kpd rakan beliau yang menghantar ke airport dan uruskan tiket penerbangan balik. pakngah membawa abah dan adikku mira yang menjadi lemah semangat selepas dtg melihat keadaan emak dan mengetahui berita yang doktor sampaikan berjumpa ustaz utk merawatnya dan seterusnya menjemput wani di airport subang. tiba di hospital, wani berjumpa dengan emak. Allah shj yang tahu isi hati kami sekeluarga. mak ckp mak xnak susahkan dia balik sbb tu mak xbgth dia mak sakit. mak sempat juga berkata mak sayangkan anak2 emak. Allah.... sesungguhnya kasih ibu bawa ke syurga... malam itu, ak yang berasa teramat mengantuk lalu ak menyuruh adikku wani untuk menjaga emak. ak tidak tahu kenapa ak menjadi teramat mengantuk sedangkan malam2 sebelum ini ak boleh je nak stayup. hanya aku, wani dan baim shj di wad. mira dan abah pulang ke rumah makteh. pak ita (adik mak) pon ada stay di hospital tapi beliau tdo di kerusi bawah wad. waktu subuh barulah ak terjaga dan wani bgth mak mintak air sirap limau tgh mlm tu. mak juga cakap suruh ttp air di dapur sbb air dah masak. ak ni mamai2 bgn tdo xfikir pape lagi. lps solat subuh, aku pula stay sebelah mak. bacakan ayat2 suci pada emak. ak mengejutkan emak utk solat subuh. mak kata nak tdo lagi sikit. ak pon meneruskan bacaan. tiba2 ak lihat mak sedang solat. usai solat, mak kata nak pakai tudung, nak g hospital utk checkup. ak panik. lalu ak menenangkan eak dan berkata "kita tunggu pak lang dgn pak ngah dtg ya mak, baru kita g hospital" mak kembali tidur. ak mula rasa tidak sedap hati. rupanya itulah tanda2 sebelum emak pergi....

pagi ahad itu ( 5 ramadhan 1435H), abah tiba bersama adik dan makcik2. kakak sepupuku juga tiba pagi itu. mak kelihatan sudah tidak berdaya. tiada lagi kata2 yang kedengaran daripadanya. yang ak dgr buat terakhir, adalah waktu subuh itu. selepas itu, mak hanya mahu minum air. kami memohon maaf pada emak pagi itu.. kami kena bersedia menghadapi andainya hari ini adalah hari terakhir emak... ramai sanak saudara tiba dari pagi. kami bergilir-gilir membisikkan kalimah lailahaillah di telinga emak sambil memberi air zamzam apabila mak rasa dahaga. sungguh sakratulmaut sedang berlangsung depan mata kami sekeluarga. sampai waktu solat, dgn rs berat hati kami tidak mahu meninggalkan emak. namun kewajipan itu mesti dilaksanakan. ak igt lagi, laju ak solat masa tu sbb takot mak tinggalkan aku. bacaan yassin berkumandang di bilik itu sejak dr pagi hinggalah ke akhir nafas emak... ak masih igt suasana itu.. sungguh... ak berdoa pada Allah, andai sampai itu shj Dia meminjamkan emak kepada kami, kami redha... kami tidak mahu mak menanggung sakit itu lama lagi. ak igt lagi ptg tu ak mmg rs sgt mengntuk sampai ak ttdo tepi mak ketika tgh berusaha hbs bacakan yassin. adikku ibrahim paling lama tdo. pabila bgn dia pasti menangis. lebih kurang jam 4 ptg...kedengaran nafas emak semakin kuat. ak yg sdg duduk di bawah tepi katil, segera bgn dapatkan emak. terus bisikkan kaliah lailahaillah. ak nmpk bibir emak menyebutnya dan ak terus menerus berada disisinya. abah sudah lama di kerusi sebelah mak. adik2 ku yang lain juga ada menghadap emak ketika itu. beberapa minit kemudian..... innalillahiiwainnailaihirajiun...

emak telah selamat pergi menghadap ilahi jam lebih kurang 4.15 ptg... tiada apa lagi mahu ak ratapi kerana ak redha dengan ketentuanNya. mmg ak menagis semahunya kerana ak tidak menyangka mak akan pergi seawal ini. sungguh.. ajal dan maut tidak awal seminit dan tidak lewat darinya kerana Allah telah menetapkannya sejak kita dicipta. ak diberi kesempatan selama sebulan lbh utk menjaga emak. tidak susah kerana Allah permudahkan segalaNya. selepas disahkan oleh pegawai perubatan, jenazah emak disiapkan utk dibawa ke masjid berdekatan utk urusan mandi dan kapan serta solat jenazah. ketika itu, ak dan adik2ku mula mengemas semua brang yang ada dan bawa ke kereta kerana jenazah emak akan dihantar terus menaiki van. ramai sanak saudara yang ada ketika itu dan rakan2 arwah mak abah juga. terima kasih kpd kawan abah sbb contact dgn penggali kubur dan mereka mula menggali petang itu supaya jenazah emak dpt dikebumikan malam itu juga.

tiba di masjid, kami adik beradik dan abang2 mak serta anak saudara emak membantu urusan madikan jenazah. memandikan jenazah emak buat kali terakhir sambil membaca surah alikhlas. itulah pesanan ustazah yang mengetuai sesi memandikan jenazah. sampailah siap kapan emak, azan mgrb berkumandang. jenazah emak dibawa masuk ke masjid dan kami berbuka puasa seketika minum air teh dan bubur kalau x silap. slps itu, laju2 g ambil wuduk untuk solat mgrb dan seterusnya solat jenazah. selepas solat, kami baru dijamu nasi. alhamdulillah. Allah memang murahkan rezki kami. kami makan nasi lauk yg disedekahkan utk org masjid itu. mungkin ini bahagian emak kerana emak rajin bersedekah makanan ke surau semasa hayatnya. orang lain juga turut merasai rezeki ini. selesai makan. kami gerak pulang ke jerantut. uncle omar drive untuk unser abah. dua adik kami ikut van jenazah. sungguh kami tidak menangis dlm perjalanan kerana kami lega urusan mak dipermudahkan sangat2 hari ini. nasib kita akan dtg belum tahu lagi. moga kita juga mati dlm keadaan yang baik2 dan ada yang uruskan jenazah kita sebaiknya hingga ke liang lahad.

lebih kurang jam 10 malam kami tiba di masjid lama jerantut. jenazah emak disolatkan sekali lagi dan ketika itu, wajah emak dibuka sebentar untuk memberi kawan2 dan sanak saudara menatap buat kali terakhir. ak dan adik2 mencium emak untuk kali terakhir malam itu. sungguh.. wajah emak berseri2. tidak seperti emak sakit sebelum2 ini. semoga emak tenang di sana... jam 11 malam. slesai sudah urusan pengebumian emak. terima kasih sanak saudara, keluarga tunang, rakan2 abah dan arwah mak yang hadir di situ. tiada apa mampu kami balas melainkan mengharapkan Allah memberikan yang baik2 kepada semua. sampai di rumah.. kami segra mandi. terima kasih saudara2 yg menyiapkn makan utk kami semua. ak xmampu buat apa2 kerana masih letih dan sedih atas pemergian emak...

terima kasih Tuhan pinjamkan emak kepada ak selama 23 tahun 7 bulan.. emak adalah wanita yang tetp bertakhta dihatiku. semoga ak tidak lupa mengirimkan doa dan amalan2 baik sebagai bekalan emak di sana. moga kita berjumpa lagi di syurga duhai bonda.

salam kerinduan dari anakandamu...
along

Friday, June 14

#052

bismillah...

aku ingin coretkan sesuatu di sini agar boleh dibaca adik2 ku kelak...

bermula sebulan sebelum majlis aku..mei 2013 (atau lebih, aku tidak pasti)...
emak batuk2 setiap hari..ada masa teruk ada masa biasa2 sahaja...mak makan bermacam-macam jenis ubat untuk menyembuhkan penyakit batuk itu. mak akan bertahan selagi boleh sebab itulah mak memilih untuk membeli ubat batuk di farmasi sahaja...

2 minggu sebelum majlis...
batuk mak makin teruk sehingga  terpaksa pakai pad sebab tiap kali batuk2 kuat menyebabkaan terkucil.. selain itu, mak kerap kali ke tandas membuang air besar dan mak mengadu beliau sakit perut.. ku sangka mak hanya salah makan dan mak pula menyangka jus delima yang diamalkan itu penyebab dia sakit perut... selepas itu, mak tidak lagi minum jus delima itu..

semasa majlis berlangsung...
mak batuk makin kuat..akibatnya, selepas zohor mak ke farmasi lagi untuk membeli ubat batuk lain. malam tu mak kepenatan selepas sibuk menguruskan majlisku.. dari memasak nasi manis buat doorgift kepada tetamu, sehingga membeli peralatan untuk memasak sendiri lauk-pauk majlis, memasak rempah untuk menu utama majlis, membeli perhiasan2 untuk mini pelamin dan untuk baju serta shawlku, menganbil peralatan untuk dipakai semasa majlis (pinggan, flusk nasi, dll)... aku me;ayan rakan2ku kerana mereka datang dari jauh, apabila pulang dari i-city, aku ke bilik emak dan abah, ku lihat emak sudah terlena..lega rasanya sbb tidak kedengaran batuk2 semasa emak tidur... dan aku tertidur di dalam bilik emak... keesokkan hari (ahad malam), aku berangkat pulang ke jb. 2 kali delay train, 3.30 ke 4.30, dan 4.30 ke 6.00 pagi. emak jugalah menghantarku ke sana. mak batuk lagi..aku menahan sebak kerana mak masih tidak sihat

dua minggu selepas majlis...
aku tidak mengetahui keadaan emak semakin tidak baik.. kerana tiap kali aku call, mak ckp mak just batuk je.. jap ada jap xde batuknyer.. sabtu (1.jun.2013) mak balik ke kg untuk menghadiri majlis tunang anak sepupunya. ahad pula mak ke tampin untuk memenuhi jemputan pak teh ke kenduri adiknya. selepas pulang dr tampin, keadaan mak bertambah kurang baik... lalu pada hari isnin mak ke klinik dan dr di klinik menyuruh emak terus refer ke hospital. keesokkan harinya, mak dan abah ke KMC (kuantan medical center) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mak yang makin tidak memberangsangkan.. aku pun mengetahui berita mak ke klinik dari adikku ibrahim setelah aku gagal untuk call emak. emak tidak menjawab panggilanku kerana ketika itu mak ke klinik. aku tidak sedap hati lalu aku call adikku. dia ckp mak ke klinik. ptg tu aku call mak tanya mak buat apa. mak ckp la mak rehat2 je. nampaknyer mak xnak cerita pada aku yg dia ke klinik. malam itu, aku tidak tahan lagi dengan kerisauan aku yang membuak2 lalu aku msg kepada emak, adakah emak dah makan ubat? apa dr cakap masa mak g check td? mak terus call aku then cerita yang simple je. lepas letak, aku terus menangis teresak2 sebab aku tidak menyangka keadaan mak sangat sangat menyedihkan. aku berdoa semoga mak cepat baik dan bebas dr penyakit bahaya...aku msg adik ak untuk bertanya adakah banyak ubat mak dpt masa checkup ptg td. adik bgthlah mak pesan jangan bgth kakak2 dia yang mak sakit..lagilah bercucuran air mataku... Ya Allah..ringankanlah sakit ibuku..seandainya kuat sakit yang Kau duga padanya, ampunilah dosa-dosa ibuku..berikanlah kekuatan kepadanya untuk menempuhi ujianMu...

aku bergegas pulang ke rumah pada hari rabu pagi. aku hanya berhenti tepi jalan dan jalan kaki masuk ke kawasan taman perumahan. tiba di rumah, aku lihat emak sdg duduk diatas kerusi malas dlm keadaan lemah. sabarlah hati. aku thn tngsku. senyum pada emak. salam tgn mak...sejukk...mak bersuara lemah..menanyakan aku kenapa xcall dah sampai..abah ada boleh jemput, aku menjawab,"along ingat abah ke sekolah. xnak susahkan abah, along suh driver bas brenti tepi jalan je"..mak menyuruh aku makan dahulu. aku pun mandi2, makan dan duduk sebelah mak. Allah..masa tu dlm ht aku memang nak ngs semahunya.. mak nampak sgt lemah...kerana tiada selera makan..mak ckp mak muntah kalau makan.. ak thn air mata.. mak pun ceritalah apa yang terjadi.. selama lepas kenduri tu, mak dah lalu nak makan nasi. kalau makan akan muntah. kesian mak mak ckplah perut mak besar mcm org pregnant 5 bulan. siap berbarut dgn daun gelugor (kalau xsilap la). pakai barut wan chu dengan barut cik nah (kawan mak). xde kurang sakitnya.. lepas balik dr n9, mak dah xthn skit, sebab tu mak ke klinik. :( then pada hari mak ke kuantan, dekat kmc, mula2 buat ujian darah. lepas tu mak kena hbskan air ubat utk buat ct scan pada sebelah petang. mak ckp seksa nak hbskan air yg banyak tu. mak cte lagi, sakit long masa masuk air ubat dlm lengan mak. rasa mcm air panas masuk dlm badan. bergenang air mataku.. sabarlah emak..along pun terdiam dgr cerita mak.. lepas selesai ctscan, dr pun cte la apa step2 yang kena buat. dr ckp penuh air dlm perut mak tp xsure apakah puncanya. mak patot kena warded hari tu tp mak xnak sebab anak2 mak ada dekat rumah (baim n adam). jadi Dr suggestkan tebuk perut mak untuk keluarkan cecair itu untuk beri sedikit kelegaan kepada mak. sejam lebih masa diambil untuk keluarkan air itu. mak ada tunjuk gmb dlm hpnya. bacaan result test darah mendapati darah mak sgt2 rendah. 8. bawah dr 13 :( then bacaan sgt tinggi untuk tumor apa tah (xfhm medical term). mak ckp dr suspect masalah usus. tp ms scan xnampak ketulan. xtahulah. aku memang bc report tu tp aku xfaham ;( nak ngs lagi.

so aku pun stay kat rumah sehingga 11 jun.. aku mengambil alih tugas mak. memasak untuk adik2. menguruskan baju2. menggosok baju adik2 dan baju kerja abah. mengemas rumah. hidangkan air buat tetamu yg xputus2 melawat emak setiap hari. bawa makanan dekat mak hari2. mak hanya makan sup cendawan pada hari pertama aku pulang, kerana dia xboleh makan nasi dengan singgang daging yang dia masak pd hari itu.. keesokkan hari, aku cdg padanya untuk makan kentang rebus. kentang kan sumber karbo. memandangkan mak xnak nasi, aku pun rebuslah kentang. sebelah malam, aku rebuskan telur dan mak makan dengan kentang rebus itu. alhamdulillah walaupun dpt makan sepotong sahaja, aku bersyukur makanan itu boleh masuk ke perut mak. kalau x...kesian mak...nampak sgt lemah dan letih.. menu aku untuk adik2, aku masakkan keli goreng, ayam bakar, ketam masak lemak, ikan goreng, sayur kangkung, sup ayam, ayam masak asam pedas, ketam masak lemak, udang masak lemak, sambal sotong, sayur campur. kenapa aku masak sdp2 tuh? mak suruh masakkan. mak ckp, sejak dorg balik, mak xmasak sbb mak xlarat. sll abah belikan lauk je ;( ngs lagi. sian adik2 ku. xpelah. menu mak pula, sup cendawan tiram, singgang ketam, kentang rebus, telur rebus, and mak rasa2 jugalah lauk yg aku masak. ada skali aku wat bfast mee goreng. mak makan jugak. mak nak makan byk tp xlalu sgt. mak ckp, sedap dah mi kakak masak, tp tekak mak xleh nak makan byk. thn sebak. mak nak jg hati aling ke? ini first time tw aku masak mee goreng..1st timeeeee.. xsama mcm mak buat la kot tp adik aku hbskan jugak. terima kasih baem :') kerana happykan hati kakak ko ni. aku ni xpandai balancing rasa makanan lagi. jap aku masak tawar. jap ada yg masin. ak rs sdp2 mak aku ckp xde rs. hee. xpelah. terima kasih mak sudi makan masakan along yg xseberapa tu. tiap2 pagi aku bgn untuk sediakan sarapan untuk mak. sll abah dah keluar awal ke mana2 la. pasar ke, sekolah ke. mak akan minum air manis pg2 sbb alas perut untuk makan ubat. aku akan potongkan buah pear gong (sebab mak kata tu je buah dia boleh makan, buah oren buat dia batuk lagi teruk) untuk mak makan. xbyk pun mak makan. satu dua potong je ;( tu pun so slow motion.. xpelah. janji mak makan an. malam2, mak baring xselesa. sakit blkg. aku akan sapu kan minyak dan urut mak lembut2..aku memang xde bakat urut2. mak ckp xpelah, tekan kuat sikit. mak xsakit. aku pun urutlah mak. abah pun aku cucikan kakinya. sbb mak cakap sejak xsihat, mak dah xcuci kaki abah. tiap2 hari ak akan make sure bg abah ubat supaya abah x miss ubatnya. sll mak yang servekan. tp bila aku ada, akulah yg servekan utk abah.

ada sekali mak nak cuba rawatan alternatif, berjampi lah dengan seorang ustaz ni. ustaz tu akan scan dan membuat rawatannya. alhamdulillah mak ckp kurang sikit sakitnya. kita berusaha kan, kalau Allah izin nak baik, maka baiklah. mak dibekalkan air tawar gau dan buah limau yang sudah dibaca ayatul quran.

mak masih tidak mahu makan nasi @ bubur juga sbb dia ckp mcm telan pasir. kesian mak ;( selain kentang, aku xtahu lagi apa yang mak boleh makan. untuk menambah darah, mak makan limpa. tu pun aku xpandai sgt goreng :( jadi kenyal2 la. ngs lagi. waaa... apa je la yg aku boleh buat nak tolong mak :( aku potongkan buah epal hijau juga sbb kdg2 mak rasa mual nak muntah. memag mak muntah tp mak ckp keluar buih2 putih. aku pun mula syak maybe ada ulser pada usus akibat gastrik kot. ntahlah.

terima kasih bakal MIL and FIL sudi dtg ziarah. aku xreti nak bgth macam mana. mr fiancee yg bgth mak ayah dia. thanx to his bro juga sbb drivekan ke rumah. =) mr fiancee tidak dpt jenguk mak sbb skrg beliau di lautan biru.

sabtu (15hb jun), mak akan ke kmc skali lagi untuk mengetahui keputusan ctscan beliau dan dr ingin memasukkan camera untuk melihat keadaan perut menngunakan teknik endoskopi. harap2 mak mampu bertahan. ptg td mak call, berpesan pada aku jgn call dia esok sbb xtw prosedur rawatan bagaimana. bergenang dah. mak ckp nnt call pak itam sbb abah ada meeting pg tu sampai tgh hr. mak cte lah dia makan ubat yg dr bekalkan. lepas je makan, xlama lepas tu mak muntah2, berak2 :( mak da la xmakan pape sgt sepanjang sakit ni. maybe ubat tu untuk cuci usus dan saluran makan kot supaya endoskopi senang nak buat. itu anggapan aku sahaja. mak ckp xnak hbskan ubat tu esok. aku pesan pada mak makanlah buah kurma dan air zamzam. moga2 itu akan beri tenaga kepada emak untuk hari esok. kasihan emak. sabarlah ye. anakmu ini mendoakanmu sentiasa. bila kawan2 tanya pasal mak, terus rs nak ngs @ terngs. harap2 xserius penyakit emak. along xcerita pada adik2 pun mak sbb mak pesan begitu...memang dorg akan risau mcm along rs skrg.. =( nak je ckp kat dorg wat smyg hajat, doakan mak supaya bebas dr penyakit yg berbahaya. tp nanti mesti dorg syak an. xpelah mak. along yakin dorg hari2 mendoakan yang baik2 untuk mak dan abah.

terima kasih nenek sdre, mak2 sdre, kawan2 sekerja mak kerana sudi melawat mak. ada juga yang dtg dengan buah tangan. memberi ikhtiar untuk memulihkan selera makan mak. bagi kurma, bagi air beras yng digoreng. terima kasih juga rakan2 yg bg semangat kepada aku. terima kasih semua. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. doakan mak aku tak apa2 esok. risau aku ;( td cerita dekat mr fiancee pun berjurai2 air mata. dah la dia pun jauh. xley call. xpelah. sabarlah ye...
 


Saturday, June 8

#051

Bismillahirrahmanirrahim ^_^
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

18 Mei 2013, 8 Rejab 1434H


* pandai facebook memilih cover photo tu (before mr fiancee fly to USA, 2008) *

Rakan-rakan, doakan semoga perancangan langkah seterusnya berjalan lancar ye. doakan juga saya dapat menghabiskan pengajian saya di sini dengan jayanya. ameeen ^_^

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.