Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Thursday, November 4

04 nov 2010

alhamdulillah.
selamat hantar pembetulan laporan psm1.
penat tol hari nie.
tdo pukul 4 bgn kul 9.
bermula saat genting.
kul 10 nak g print. harap je ada printer tp printer gagal berkhidmat sebab aku la xreti2 nak g beli ink walaupun punya kertas berbundle. haha.
g kedai printer kat dalam nie ttp lak.
aish..da 10.15 pagi ttp lagi ka?
terpaksa keluar ke taman universiti.
terima kasih kedai printer ape tah name. xpasan lak papan tanda.
sebab hasil print yang tip top dengan harga yang berpatutan =)
pas2 rushing ke fakulti jam 11 pagi. alahai.
penilai xde la plak. pas2 ke rumah alumni utm.
wohaa. member aku nie penilai dia duk kat c2 lak opisnye.
pas2 da settle dia punya checking g balik bilik jap.
plan2 nak g makan. tup2 penyelia member aku suh jmp dye lak.
g balik kolej, amik hp dan blah ke fakulti. ok penilai aku xde lagi.
nak g makan la kununnye. tgg la jap sebab nak dekat pukul 1 da.
nasib baik sabar sebab las2 datang gak penilai aku.
amik sign beliau dan beliau x lihat pembetulan 2.
lalu aku segera mencari penyeliaku sayan.
kne komen lagi. xpe. demi penambahbaikkan =)
namun borang penilaian xde la plak. haishh...
kne amik kat bilik la plak.
amik sign dan hantar borang kepada penyelaras.
g meranti dan makan.
balik bilik dan segera mencapai borang lalu g fakulti.
serahan borang dan pulang.
rimas2x...mandi2 solat dan menyambung tugasan terakhr sem nie. haishh.

laptopku sayang..
janganlah cepat mampus saat2 genting nie...
ku tahu kamu terlalu panas tp bertahan lah..
nanti aku akan servis kamu tip top juga ye sayang...
[macam mane la aku nak wat sistem kalo laptop selalu mampos akibat temperature selalu high?]

maw mensidai baju...
abaikan penyalahgunaan tatabahasa hari ini.
selamat stadi.. =)

p/s: masa panas2 camnie teringin cool blog =) add on pearl...ah..nyaman sekali =)

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.