Doa Penerang Hati :)
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
salam 'alaik.
cuti mid sem kali nie saya berada di utm kerana tiket train sudah habis ditambah pula dengan keadaan banjir di segamat yang menyebabkan parents saya tidak dapat pulang ke kampung. maka, terbazirlah tiket. haish... lepas 2 jalan2 ukur melaka dengan bantuan 2 orang tourist guide yang x bergaji tp ditanggung makan dan duit minyak kereta. kisah melaka akan diupdate next entri. hehe.
p/s: menyampah masuk rumah hantu sebab aku tetap terpekik walaupon mata teertutup rapat sehingga terhantuk pintu...yawn~~~
Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment