Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Monday, May 23

Malam Gemilang Graduasi FSKSM 2011






Salam 'alaik.


     Sudah lama saya tidak berkongsi cerita di blog ini. hehe. maklumlah berjuang menyiapkan projek sarjana muda dan akhirnya laporan projek berkenaan berjaya dihantar ke kedai untuk dijilidkan. Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah. siap juga. segala perit dan liku-liku sepanjang membuat projek ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat. terima kasih buat bonda dan ayahanda tercinta, teman baik saya yang berada jauh nun di benua Amerika, rakan2 seperjuangan dan rakan2 yang lain kerana memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan projek akhir ini. wah. dah macam ayat dalam dedikasi. hehe. apa pun balik nanti (25/may/2011), barulah selesai pengajian di utm dan tinggal 1 semester (latihan industri) lagi sebelum menamatkan pengajian. what is my next plan? hehe. let's story about it later.

     Tajuk entri kali ini adalah berkisar mengenai dinner yang dianjurkan fakulti. tak sangka fakulti akan menganjurkan makan malam ini untuk meraikan pelajar2 tahun akhir di fsksm (fakulti sains komputer dan sistem maklumat). saya sanggup menukar tiket perjalanan pulang ke rumah semata-mata hendak menghadiri majlis makan malam ini tw. sepatotnya hari jumaat saya sudah berada di rumah. hehe. dah la kali kedua tukar and kena la bayar 50% lagi. nasib baik la ada seat lagi. hehe. kami diberitahu mengenai majlis ini sewaktu mengambil surat latihan industri dan dimaklumkan oleh staf pejabat berkenaan seminggu sebelum majlis berlangsung. yeay. suka bebenor diraikan dengan makan2 nie kan. hehe. bertempat di Mercure Johor Palm Resort & Golf (kalau Google rupanya nama lain tempat nie, 5-star Le Grandeur Palm Resort Johor) yang terletak di Senai (dekat dengan airport senai la juga) dan perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari Utm Skudai. mcm biasa mestilah ada juga yang lewat but lucky us sebab sampai sebelum dekan. hehe. seronok naik bas beramai-ramai nak pergi dinner. guest dalam 30 orang je sebab batch lain fsksm pon baru tamat latihan industri masing-masing. so, dorang punya majlis next sem la. mcm dinner untuk classmates juga la nie. hehe. best2. meriah juga walaupon sikit. sampai2 je dapat cenderahati dari staf pejabat fakulti dan nombor bertuah. wow. ada lucky draw juga. ambil tempat masing2 dan 10 minutes later dekan pon sampai bersama-sama ketua2 setiap jabatan. Sedih la ketua jabatan kitorang xdatang tp diganti oleh pensyarah lain. ok la 2. hehe. fakta menarik tentang dinner ini ialah aturcara majlis ini dilakukan sehari sebelum majlis. maklumlah semua baru lepas membentangkan dan menyiapkan psm. tahniah buat Iqbal, Raja dan Umi di atas kejayaan korang menyempurnakan majlis makan malam ini. majlis bermula sebaik sahaja dekan tiba. ucapan dari beliau, dan wakil pelajar serta timbalan pentadbir fakulti( orang yang sain surat2 dari fakulti. hehe). masa makan waktu paling dinanti sebab dah pukul 9.30 malam. ape lagi, makan la dengan ayunya. haha. untuk 2 menu pertama dorang serve la. appetizer and soup. air xyah cakap la berapa kali tah dia top up sebab xpenah abes dia dah top up lagi lagi dan lagi. hehe. seronok dapat juga lucky draw. mcm kali kedua atau tiga kot dapat lucky draw sepanjang pergi attend majlis yang ada lucky draw la. hehe. excited tw. dah la tgh makan. baru nak menikmati mi goreng then nombor 1013 dipanggil. wohaa.. dekan pon dapat lucky draw juga. hehe. lepas 2 ada la persembahan dari mc yang membuat pop kuiz masa tgh makan. nasib baik xkena soal. huhu. pas2 ada persembahan nyanyian dari wakil pelajar and last skali game teka siapa punya gmb. hehe. ada pertunjukan montaj yang disediakan dan memang mengimbau kenangan 3 tahun sebagai pelajar fsksm. kenangan masa first year experience dekat Savannah Hill memang menyeronokkan sebab kat situ kami mula berkenalan dengan lebih rapat. SCDian memang the best la. hehe. dah settle makan2 semua sesi bergambar. yang nie pon seronok. snap sane snap sini then bertolak pulang ke UTM jam 11.30 malam.

    Makan sudah, projek selesai sudah. tinggal 1 lagi short course yang diberikan peluang sekali sahaja kepada pelajar. harga professional course mcm nie mahal kalo attend sendiri. melalui fakulti, saya dapat attend course ni free. terima kasih fakulti. hehe. so, kat bawah nie ada la sedikit pic sepanjang dinner ini. enjoy da pic and till we meet again. :D


+ The Menu +

+ Tentatif and Guest +

+ Ambil cenderahati dan nombor bertuah +

+ appetizer +

+ Dessert +

+ Main Menu +

+ Nombor- nombor yang tercalon +

+ SCD ian  Ladies ( ada juga yang tak hadir. xsabar nak balik masing2. hehe ) +

+ Muka-muka ceria dapat hadiah. hehe ( tangga x jadi :p )+

+ Sudah kenyang perut suka hati ayuh kita pulang :) +

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.