salam 'alaik.
1. Alhamdulillah pass exam OCA (Oracle Certified Associate). alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...insyaallah dengan adanya cert ini, diharapkan peluang pekerjaan semakin cerah (andai ada rezeki dapat bekerja selepas tamat pengajian. cita2 nak sambung master. memenuhi impian mak dan abah disamping keinginan menuntut ilmu masih tinggi :) ku serahkan kepadaMu Ya Allah..bantulah hambaMu ini membuat pilihan jalan hidup yang terbaik untukku)
2. Alhamdulillah jodoh bertemu dengannya masih ada. setelah 2 tahun xbersua akhirnya pada hari berakhirnya exam OCA, dapat berjumpa dengan kawan karibku :) berkongsi masalah dan bertukr cerita walaupon di benua yang berbeza. dapat berjalan2 di Teluk Danga sambil menikmati keindahan laut. dapat makan happy meal (haha. mcm kanak2. terima kasih awak :)) dapat makan nasi ayam penyet buat kali terakhir di kedai bibik kolej 9. dapat minum coolblog coklat plus pearl di jusco. :)
3. Alhamdulillah dapat juga mak dan abah menjemputku walaupun mereka berdua amatlah sibuk. mereka ada komitmen lain di sekolah dan telefon xberhenti2 bunyi. abah lah orang yang paling busy kerana dia timbalan pengarah program. walaupun program berlangsung keesokan harinya, namun bagi memastikan persiapan berjalan lancar, abah menelefon setiap anak2 buahnya bertanya progress dan masalah yang mereka hadapi. kagum dengan abah. walaupon xdapat hantar semasa hari pertama di utm, namun abah tidak menghampakan saya dengan menjemput saya di hari terakhir di utm. terima kasih abah dan mak :)) dan juga kepada incik awak yang menggantikan ayah saya memandu dari jb ke segamat kerana abah terlalu sibuk dengan panggilan2 beliau :) barang ak xpayah cakaplah. memang xmuat la sampai terpaksa agih kepada kawan2. nanti kena kutip balik. hehe. ada juga yang kena tinggal seperti penyapu mop dan bakul sampah serta gayung. hai sayangnya tp xmuat kereta da...huhu
4. Alhamdulillah sampai juga ke segamat. bertemu mak cik2 dan atuk :) dapat juga makan durian. terima kasih mak melayan kehendak kami(along dan nasrul) yang bising nak makan durian. hehe. dapat juga la makan walaupon incik nasrul pening2 tgh jalan sebab bau durian yang menusuk2 2. hehe. :p alhamdulillah dapat nikmat makan durian 2. kat umah xde durian sedap mcm durian segamat da...hee.
5. Alhamdulillah selamat sampai ke Jengka jam 6 petang. dapat pula bertemu keluarga dia. kuih buah melaka memang sedap. terima kasih mak cik siti dan pak cik nasir benarkan dia melawat dan menjemput saya di jb :) nadia sangatlah manja dengan kamu ye. sayang juga dia kat along dia walaupon masa ditinggalkan baru berusia 4 tahun. hehe.
6. Alhamdulillah sampai juga ke rumahku. tbe2 masa kemas barang fail yang mengandungi dokumen latihan industri tertinggal di salah satu beg yang ditinggalkan kepada kawan2. haish..maaf kawan terpaksa menyusahkan kamu untuk pos dokumen 2 kepada saya. ampun kawan. hehe. ni kelalaian saya. maafkan saya ye. :)
7. sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. walaupon seberat mana ujian yang datang...bersyukurlah kamu kerana Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba itu...
senyum xperlu kata apa-apa. :) :) :)
bia orang buat kat kita jangan kita balas balik kerana Allah Maha Adil dan Saksama :)
Saya bukan mesin ATM?
2 weeks ago

No comments:
Post a Comment