Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Wednesday, September 26

#011

Salam kepada pembaca2 blog.

Semester 2 pengajian sarjana telah bermula pada 10 September yang lepas. Sebelum pengajian bermula, pada 08.09.2012, aku bersama dua rakan sepengajian telah ke UMP Kuantan untuk membentangkan kertas kajian kami di National Conference for Postgraduate Research 2012 (http://ncon-pgr.ump.edu.my/). Petikan dari website itu "The conference will be hosted at Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan Pahang on September 8, 2012. Since its inception in 2009, this event has become a yearly event for the university. Our ambition for this this year’s edition is to offer a scientific platform for the young postgraduates from all institutions of higher learning in Malaysia to share their new found knowledge in their respective study fields." . Memang tepatlah pilihan supervisor aku untuk meletakkan aku di conference ini sebagai experience untuk berkongsi ilmu yang aku perolehi. Sesi aku adalah pada jam 14:00 dan aku merupakan first presenter. Terima kasih kepada mak yang sudi menghantar anaknya ke conference ini (tu la akibat belum pandai membawa kereta lagi..apalah guna lesen itu... ;( ). sayang mak lebih. hehe. angah pun turut serta hantar tp dia sebagai peneman mak untuk jalan2 semasa aku sedang menanti saat untuk present. Yes this is only national conference. Platform yang baik untuk berlatih present dan get experience dulu sebelum memasuki international conference ye. Sampai di sana kira2 jam 10.45 a.m. aku ke kaunter untuk mengutip resit bayaran n untuk pendaftaran. kami dibekalkan name tag "Participant" dan sebuah pendrive yang memuatkan proceeding, jadual presentation dan abstract setiap paper beserta sebuah beg. Jam 11.00 pagi perasmian dilakukan dan selesai majlis, kami makan tengah hari. Pada jam 13:00, kami sudah berada di bilik yang ditetapkan (bilik kuliah 2) dan membaca slides. judge masuk 12:55 dan selepas itu memanggil presenter pertama iaitu AKU. Cuak2 aku present dalam sebuah bilik yang menempatkan 10 presenter dan seorang judge yang merupakan Assoc. Prof. Selesai melalui 15 minit yang bagiku amatlah lamer. 10 minit present dan 5 minit Q&A. Alhamdulillah selesai =) 

Selesai sahaja present, kami pun menuju ke surau untuk solat asar dan menanti kedatangan mak tersayang yang rupanya p shopping dengan adik. Sementara menanti sijil yang siap on that time, kami makan roti jalan as minum petang dan terus pulang. sempat juga singgah ke Jengka untuk hantar angah kembali ke rumah sewa beliau dan ke open house kawan mak di Kg Pisang, Jerantut. Selesai makan azan maghrib berkumandang dan kami pulang ke rumah. Sempat mak bawak round kat Tahan Street dan melihat dari dalam kereta I-City jerantut. makin meriah bandar jerantut dengan adanya I-City tu tw u all. hehe. Jam 20:30, kami berjalan2 ke rumah terbuka peringkat daerah Jerantut. Abah membuka gerai koperasinya dan diminta pihak SKMM untuk menyediakan 2,000 cawan air tebu ;) memang sold out awal jugaklah sebab masa kami datang apa pun tiada dah. selesai diminum oleh warga jerantut yang lain. apa pun memang enjoy tengok orang2 jerantut beraya. hihi. aku pun bawaklah kawan aku melawat TF Value Mart (xde tempat lain nak bawak). balik2 rumah memang sudah kepenatan tapi aku gagahkan juga menyediakan makan malam buat rakan2 ku sebab mak dah kepenatan drive. hehe. The next day, kami just rest and bertolak pulang ke skudai pada pagi 10 Sept jam 3 pagi.

2 hari kemudian, aku menerima emel dari pihak ump menyatakan paper aku memenangi anugerah Best Paper Award (1st Prize). Terbulat mata aku bangun dari tidur. biar benar??? Alhamdulillah. Syukur sangat dapat experience present paper dan memenangi anugerah pula. berkat lah mak hantar p present nie. hehe. Syukur padaMu Ya Allah. Terima Kasih Mak, Terima Kasih Abah, Terima Kasih Supervisor-ku =) Terus je call sv and she say this is my 1st step. kena get ready second step (hantar paper ke international conference...gulp). hehe. semoga Allah membantuku...

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.