Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, June 14

#052

bismillah...

aku ingin coretkan sesuatu di sini agar boleh dibaca adik2 ku kelak...

bermula sebulan sebelum majlis aku..mei 2013 (atau lebih, aku tidak pasti)...
emak batuk2 setiap hari..ada masa teruk ada masa biasa2 sahaja...mak makan bermacam-macam jenis ubat untuk menyembuhkan penyakit batuk itu. mak akan bertahan selagi boleh sebab itulah mak memilih untuk membeli ubat batuk di farmasi sahaja...

2 minggu sebelum majlis...
batuk mak makin teruk sehingga  terpaksa pakai pad sebab tiap kali batuk2 kuat menyebabkaan terkucil.. selain itu, mak kerap kali ke tandas membuang air besar dan mak mengadu beliau sakit perut.. ku sangka mak hanya salah makan dan mak pula menyangka jus delima yang diamalkan itu penyebab dia sakit perut... selepas itu, mak tidak lagi minum jus delima itu..

semasa majlis berlangsung...
mak batuk makin kuat..akibatnya, selepas zohor mak ke farmasi lagi untuk membeli ubat batuk lain. malam tu mak kepenatan selepas sibuk menguruskan majlisku.. dari memasak nasi manis buat doorgift kepada tetamu, sehingga membeli peralatan untuk memasak sendiri lauk-pauk majlis, memasak rempah untuk menu utama majlis, membeli perhiasan2 untuk mini pelamin dan untuk baju serta shawlku, menganbil peralatan untuk dipakai semasa majlis (pinggan, flusk nasi, dll)... aku me;ayan rakan2ku kerana mereka datang dari jauh, apabila pulang dari i-city, aku ke bilik emak dan abah, ku lihat emak sudah terlena..lega rasanya sbb tidak kedengaran batuk2 semasa emak tidur... dan aku tertidur di dalam bilik emak... keesokkan hari (ahad malam), aku berangkat pulang ke jb. 2 kali delay train, 3.30 ke 4.30, dan 4.30 ke 6.00 pagi. emak jugalah menghantarku ke sana. mak batuk lagi..aku menahan sebak kerana mak masih tidak sihat

dua minggu selepas majlis...
aku tidak mengetahui keadaan emak semakin tidak baik.. kerana tiap kali aku call, mak ckp mak just batuk je.. jap ada jap xde batuknyer.. sabtu (1.jun.2013) mak balik ke kg untuk menghadiri majlis tunang anak sepupunya. ahad pula mak ke tampin untuk memenuhi jemputan pak teh ke kenduri adiknya. selepas pulang dr tampin, keadaan mak bertambah kurang baik... lalu pada hari isnin mak ke klinik dan dr di klinik menyuruh emak terus refer ke hospital. keesokkan harinya, mak dan abah ke KMC (kuantan medical center) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mak yang makin tidak memberangsangkan.. aku pun mengetahui berita mak ke klinik dari adikku ibrahim setelah aku gagal untuk call emak. emak tidak menjawab panggilanku kerana ketika itu mak ke klinik. aku tidak sedap hati lalu aku call adikku. dia ckp mak ke klinik. ptg tu aku call mak tanya mak buat apa. mak ckp la mak rehat2 je. nampaknyer mak xnak cerita pada aku yg dia ke klinik. malam itu, aku tidak tahan lagi dengan kerisauan aku yang membuak2 lalu aku msg kepada emak, adakah emak dah makan ubat? apa dr cakap masa mak g check td? mak terus call aku then cerita yang simple je. lepas letak, aku terus menangis teresak2 sebab aku tidak menyangka keadaan mak sangat sangat menyedihkan. aku berdoa semoga mak cepat baik dan bebas dr penyakit bahaya...aku msg adik ak untuk bertanya adakah banyak ubat mak dpt masa checkup ptg td. adik bgthlah mak pesan jangan bgth kakak2 dia yang mak sakit..lagilah bercucuran air mataku... Ya Allah..ringankanlah sakit ibuku..seandainya kuat sakit yang Kau duga padanya, ampunilah dosa-dosa ibuku..berikanlah kekuatan kepadanya untuk menempuhi ujianMu...

aku bergegas pulang ke rumah pada hari rabu pagi. aku hanya berhenti tepi jalan dan jalan kaki masuk ke kawasan taman perumahan. tiba di rumah, aku lihat emak sdg duduk diatas kerusi malas dlm keadaan lemah. sabarlah hati. aku thn tngsku. senyum pada emak. salam tgn mak...sejukk...mak bersuara lemah..menanyakan aku kenapa xcall dah sampai..abah ada boleh jemput, aku menjawab,"along ingat abah ke sekolah. xnak susahkan abah, along suh driver bas brenti tepi jalan je"..mak menyuruh aku makan dahulu. aku pun mandi2, makan dan duduk sebelah mak. Allah..masa tu dlm ht aku memang nak ngs semahunya.. mak nampak sgt lemah...kerana tiada selera makan..mak ckp mak muntah kalau makan.. ak thn air mata.. mak pun ceritalah apa yang terjadi.. selama lepas kenduri tu, mak dah lalu nak makan nasi. kalau makan akan muntah. kesian mak mak ckplah perut mak besar mcm org pregnant 5 bulan. siap berbarut dgn daun gelugor (kalau xsilap la). pakai barut wan chu dengan barut cik nah (kawan mak). xde kurang sakitnya.. lepas balik dr n9, mak dah xthn skit, sebab tu mak ke klinik. :( then pada hari mak ke kuantan, dekat kmc, mula2 buat ujian darah. lepas tu mak kena hbskan air ubat utk buat ct scan pada sebelah petang. mak ckp seksa nak hbskan air yg banyak tu. mak cte lagi, sakit long masa masuk air ubat dlm lengan mak. rasa mcm air panas masuk dlm badan. bergenang air mataku.. sabarlah emak..along pun terdiam dgr cerita mak.. lepas selesai ctscan, dr pun cte la apa step2 yang kena buat. dr ckp penuh air dlm perut mak tp xsure apakah puncanya. mak patot kena warded hari tu tp mak xnak sebab anak2 mak ada dekat rumah (baim n adam). jadi Dr suggestkan tebuk perut mak untuk keluarkan cecair itu untuk beri sedikit kelegaan kepada mak. sejam lebih masa diambil untuk keluarkan air itu. mak ada tunjuk gmb dlm hpnya. bacaan result test darah mendapati darah mak sgt2 rendah. 8. bawah dr 13 :( then bacaan sgt tinggi untuk tumor apa tah (xfhm medical term). mak ckp dr suspect masalah usus. tp ms scan xnampak ketulan. xtahulah. aku memang bc report tu tp aku xfaham ;( nak ngs lagi.

so aku pun stay kat rumah sehingga 11 jun.. aku mengambil alih tugas mak. memasak untuk adik2. menguruskan baju2. menggosok baju adik2 dan baju kerja abah. mengemas rumah. hidangkan air buat tetamu yg xputus2 melawat emak setiap hari. bawa makanan dekat mak hari2. mak hanya makan sup cendawan pada hari pertama aku pulang, kerana dia xboleh makan nasi dengan singgang daging yang dia masak pd hari itu.. keesokkan hari, aku cdg padanya untuk makan kentang rebus. kentang kan sumber karbo. memandangkan mak xnak nasi, aku pun rebuslah kentang. sebelah malam, aku rebuskan telur dan mak makan dengan kentang rebus itu. alhamdulillah walaupun dpt makan sepotong sahaja, aku bersyukur makanan itu boleh masuk ke perut mak. kalau x...kesian mak...nampak sgt lemah dan letih.. menu aku untuk adik2, aku masakkan keli goreng, ayam bakar, ketam masak lemak, ikan goreng, sayur kangkung, sup ayam, ayam masak asam pedas, ketam masak lemak, udang masak lemak, sambal sotong, sayur campur. kenapa aku masak sdp2 tuh? mak suruh masakkan. mak ckp, sejak dorg balik, mak xmasak sbb mak xlarat. sll abah belikan lauk je ;( ngs lagi. sian adik2 ku. xpelah. menu mak pula, sup cendawan tiram, singgang ketam, kentang rebus, telur rebus, and mak rasa2 jugalah lauk yg aku masak. ada skali aku wat bfast mee goreng. mak makan jugak. mak nak makan byk tp xlalu sgt. mak ckp, sedap dah mi kakak masak, tp tekak mak xleh nak makan byk. thn sebak. mak nak jg hati aling ke? ini first time tw aku masak mee goreng..1st timeeeee.. xsama mcm mak buat la kot tp adik aku hbskan jugak. terima kasih baem :') kerana happykan hati kakak ko ni. aku ni xpandai balancing rasa makanan lagi. jap aku masak tawar. jap ada yg masin. ak rs sdp2 mak aku ckp xde rs. hee. xpelah. terima kasih mak sudi makan masakan along yg xseberapa tu. tiap2 pagi aku bgn untuk sediakan sarapan untuk mak. sll abah dah keluar awal ke mana2 la. pasar ke, sekolah ke. mak akan minum air manis pg2 sbb alas perut untuk makan ubat. aku akan potongkan buah pear gong (sebab mak kata tu je buah dia boleh makan, buah oren buat dia batuk lagi teruk) untuk mak makan. xbyk pun mak makan. satu dua potong je ;( tu pun so slow motion.. xpelah. janji mak makan an. malam2, mak baring xselesa. sakit blkg. aku akan sapu kan minyak dan urut mak lembut2..aku memang xde bakat urut2. mak ckp xpelah, tekan kuat sikit. mak xsakit. aku pun urutlah mak. abah pun aku cucikan kakinya. sbb mak cakap sejak xsihat, mak dah xcuci kaki abah. tiap2 hari ak akan make sure bg abah ubat supaya abah x miss ubatnya. sll mak yang servekan. tp bila aku ada, akulah yg servekan utk abah.

ada sekali mak nak cuba rawatan alternatif, berjampi lah dengan seorang ustaz ni. ustaz tu akan scan dan membuat rawatannya. alhamdulillah mak ckp kurang sikit sakitnya. kita berusaha kan, kalau Allah izin nak baik, maka baiklah. mak dibekalkan air tawar gau dan buah limau yang sudah dibaca ayatul quran.

mak masih tidak mahu makan nasi @ bubur juga sbb dia ckp mcm telan pasir. kesian mak ;( selain kentang, aku xtahu lagi apa yang mak boleh makan. untuk menambah darah, mak makan limpa. tu pun aku xpandai sgt goreng :( jadi kenyal2 la. ngs lagi. waaa... apa je la yg aku boleh buat nak tolong mak :( aku potongkan buah epal hijau juga sbb kdg2 mak rasa mual nak muntah. memag mak muntah tp mak ckp keluar buih2 putih. aku pun mula syak maybe ada ulser pada usus akibat gastrik kot. ntahlah.

terima kasih bakal MIL and FIL sudi dtg ziarah. aku xreti nak bgth macam mana. mr fiancee yg bgth mak ayah dia. thanx to his bro juga sbb drivekan ke rumah. =) mr fiancee tidak dpt jenguk mak sbb skrg beliau di lautan biru.

sabtu (15hb jun), mak akan ke kmc skali lagi untuk mengetahui keputusan ctscan beliau dan dr ingin memasukkan camera untuk melihat keadaan perut menngunakan teknik endoskopi. harap2 mak mampu bertahan. ptg td mak call, berpesan pada aku jgn call dia esok sbb xtw prosedur rawatan bagaimana. bergenang dah. mak ckp nnt call pak itam sbb abah ada meeting pg tu sampai tgh hr. mak cte lah dia makan ubat yg dr bekalkan. lepas je makan, xlama lepas tu mak muntah2, berak2 :( mak da la xmakan pape sgt sepanjang sakit ni. maybe ubat tu untuk cuci usus dan saluran makan kot supaya endoskopi senang nak buat. itu anggapan aku sahaja. mak ckp xnak hbskan ubat tu esok. aku pesan pada mak makanlah buah kurma dan air zamzam. moga2 itu akan beri tenaga kepada emak untuk hari esok. kasihan emak. sabarlah ye. anakmu ini mendoakanmu sentiasa. bila kawan2 tanya pasal mak, terus rs nak ngs @ terngs. harap2 xserius penyakit emak. along xcerita pada adik2 pun mak sbb mak pesan begitu...memang dorg akan risau mcm along rs skrg.. =( nak je ckp kat dorg wat smyg hajat, doakan mak supaya bebas dr penyakit yg berbahaya. tp nanti mesti dorg syak an. xpelah mak. along yakin dorg hari2 mendoakan yang baik2 untuk mak dan abah.

terima kasih nenek sdre, mak2 sdre, kawan2 sekerja mak kerana sudi melawat mak. ada juga yang dtg dengan buah tangan. memberi ikhtiar untuk memulihkan selera makan mak. bagi kurma, bagi air beras yng digoreng. terima kasih juga rakan2 yg bg semangat kepada aku. terima kasih semua. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. doakan mak aku tak apa2 esok. risau aku ;( td cerita dekat mr fiancee pun berjurai2 air mata. dah la dia pun jauh. xley call. xpelah. sabarlah ye...
 


No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.