Doa Penerang Hati :)
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Tq teman2 =)
hehe... ni lepas habis di touch up oleh jurumakep la. terima kasih korang sebab stay dari sudah separuh masa aku di 'conteng-conteng' sampailah siap. thanks jadi tukang komen yang berjaya buat MUA tu macam bengang. hoho. thanks juga sebab bantu pakaikan shawl dan veil. I Love it very much! hehe :P terima kasih banyak-banyak semua rakan-rakan yang datang dari jauh.. seronok x perjalanan 7 jam dengan ktmb? hehe. terima kasih terima kasih. syukur alhamdulillah Allah beri rezki kepada korang semua untuk datang ke jerantut =) terharu sangat2 korang datang. terima kasih bantu mak abah aku juga ye. terima kasih jadi tukang sambut hantaran hari tu. terima kasih kerana sudi berphotoshoot di taman permainan depan rumah aku je. maaf andai banyak kekurangan ke *bilik kecik nak letak 7 orang, aku suh naik atas dua orang korang xnak and berkeras nak duduk situ ramai2* hee. harap korang semua gembira semasa berada di rumah aku =)
Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment