sudah setahun lebih emak pergi meninggalkan kami...alfatihah.. moga emak sentiasa tenang di sana. anakandamu tiap hari masih rindukan kamu.. terngiang2 emak memanggil along, kakak. bersyukurlah buat kalian yang masih punya bonda di dunia ini. jagalah mereka sebaiknya kerana apabila mereka telah tiada, hilanglah satu keberkatan kita di dunia ini. tiada lagi ibu untuk doakan yang terbaik utk anak2...moga Allah berikan yang baik untuk menggantikan nikmat yang hilang itu...
banyak perkara yang berlaku dlm tahun ini....
antaranya,
* januari - abah terlibat dalam kemalangan di gua musang. disebabkan kecuaian pemamdu, abah yang duduk di seat belakang mendapat kecederaan agak parah. ak dan adikku dibawa ke hospital gua musang oleh rakan2 abah, cg mansur dan cg omar. aku belum bersedia utk kehilangan lagi. Allah Maha Mengetahui isi hati kami sekeluarga. sebak saatku bertemu abah dengan keadaan darah penuh di kepala. ada luka di sebelah kening kanan akibat terkena serpihan cermin. akibat dari kemalangan ini, abah kehilangan penglihatan sebelah kanan kerana kecedaraan pada saraf mata. seminggu di hospital besar kota bharu dan kemudian di transfer ke ppum. di ppum pembedahan menampal plat pada tulang muka abah yang retak dan luka abah juga kelihatan semakin mengecil dan hampir cantum semula. tengkorak abah juga ada retak tapi Dr cakap akan pulih sendiri dan hanya tulang pipi yang dibuat pembedahan kerana ada yang patah. banyak lagi kalau nak diceritakan detail. dengan masa ini aku kalut persiapan utk berkahwin pada bulan hadapan. Allahuakbar...
* februari - abah beransur pulih dan dpt pulang ke rumah awal februari. ak sudah pulang awal sehari utk membuat persiapan perkahwinan. terima kasih kpd nenek saudaraku dan kawan baik arwah mak kerana banyak membantu. alhamdulillah, aku kini menjadi seorang isteri. terima kasih ya Allah atas kurniaan rezki jodoh ini
*julai - kali pertama along beraya dengan mertua. mujur dapat juga balik rumah di pagi raya sebab tertinggal baju raya laki bini. huhuhu. tgklah mak anak mak yang clumsy ni. huhu. neves sgt nak raya umah mertua. hehe
* ogos - adikku wani dirisik orang, dan untuk memudahkan cerita, mereka selamat ditunangkan juga. suka sangat yek. hoho. and abah mengejutkan kami di hujung bulan ini untuk berkenalan dengan seorang cikgu yang dikenenkan oleh kawan beliau. ak wat cool je la sbb igtkan baru nak berkawan kan.
* september - abah membuat keputusan untuk berkahwin pada bulan november atas permintaan mak cik itu. kami adik beradik amat terkejut namun kami redha andai ini yang terbaik untuk abah. sepanjang tiada arwah emak, abah banyak termenung dan berdiam diri. mmg abah masih terasa kehilangan emak namun atas kata2 semangat dari rakan2nya, beliau memilih untuk menerima berkawan dgn makcik ini.
* oktober - abah bertunang sehari sebelum raya haji. suami xdapat balik raya haji, jadi ptg raya gerak ke rumah suami di kemaman bersama keluarga mertua. terima kasih mak mertua masakkan yang sedap2 utk dibawa ke rumah anak emak ni. ak solat raya haji di jerantut dan slps itu aku pulang ke jengka manakala adik2 ku beraya di rumah dan balik hari ke kampung.
* november - 22 hb, abah selamat bernikah. suami pula dalam perjalanan ke myanmar atas urusan kerja pada hari yang sama. moga ini yang terbaik utk abah. selamat dtg umi ke keluarga kami. terimalah kami seadanya. moga2 yang baik2 dalam keluarga kita ya
* disember - suami masih di sana, moga dia pulang sebelum tiba harijadi isterinya ini. hehe.
#selamat ulang bulan perkahwinan yang ke 10 bulan. gedik2 sikit kira bulan pada tahun pertama. lps ni count yearly pula ya. moga2 kita dikurnikan zuriat2 yang soleh dan solehah. harap2 sy boleh bersabar lagi menadah telinga bila saat org menanyakan bila nak ada anak. kita yakin dengan rezeki Allah kan syg. keep praying.. usaha yang terbaik kita buat. sabar usaha tawakal. insyaallah ada rezeki kita ^_^
Saya bukan mesin ATM?
2 weeks ago

No comments:
Post a Comment