Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Saturday, December 12

Da siap!

salam.
ok, mula-mula sekali nak bagitahu bahawa aku sudah siap kemas barang-barang yang wajib dan perlu dibawa pulang. banyak juga sebab ade periuk nasi. terima kasih mak. mak juga bekalkan beras untuk aku bawa pulang ke sana. serta 2 buku kek coklat yang khas dibuat oleh mak saya petang td. aku sangat berterima kasih kepada mak sebab tidak pernah lalai menjaga makan minum kat anak-anak mak ini sejak kecil lagi hingga lah sudah besar panjang ini. huhu. untungla mak aku rajin sangat memasak. lagi-lagi waktu hujung minggu kan. dari pagi sampai ke tengah hari mak akan berada di dapur. alhamdulillah. along sayang mak sangat3x. terima kasih Allah atas segala kurniaan-Mu kepadaku. dan aku baru siap mandi tadi. haha. baru mandi. sengaja ye mandi lewat-lewat. jam 2 pagi nanti aku akan terpacak di stesen ktmb jerantut. aku akan berangkat pulang ke skudai. ok. saya sudah mahu pulang ke universiti. maka, pasang niat yang betul nak balik ke sana. nak tuntun ilmu. blaja rajin2. jangan hampakan harapan mak abah. ingat ye pesanan itu wahai Hayati. motivasikan diri sendiri. hee. my dear pula sekarang tengah berjuang dalam dewan untuk peperiksaan akhir subjek fizik. semoga beliau dapat jawab dengan tenang dan berjaya. sempat pula aku membuat panggilan video kepada beliau sebelum mereka pergi. secara kebetulan kawan-kawan beliau turut berkumpul di situ. ok. semoga kalian berjaya menjawab ye. ku titipkan doa buat kalian semua. hee. ok. nak membebel ape lagi ye. aku sedang msg dengan hafizudin. kesian beliau. tapi tak mengapa ye apis. anda pelajar medic kan. tunaikan cita-cita anda dulu ye. kuantan dengan jengka tak jauh ok. kalau kau rase rindu telefon la mak ayah kau ok. tiba-tiba sahaja kan. dia ini kawan aku sejak kecil lagi. (eh, kita pernah ke jadi kawan masa kecil-kecil dulu? haha...)terasa nak meng'upload' gambar kami semasa kecil. tapi tak jumpa plak kat mane. huhu. tak mengapalah. lain kali sahaja ok. kadang-kadang beliau ini pandai je wat kelakar. kali terakhir jumpe beliau semasa pergi jalan ke rumah beliau bersama my dear. hehe. segan je dengan cikgu sains aku semasa sekolah rendah dulu. beliau merupakan mak kepada apis ni. masa itu, aku jalan-jalan kat jengka. ke rumah my dear. jumpe teman-teman sekolah rendah dulu kat jpa. mereka ade program masa itu. tak ramai pun yang aku jumpa. hehe. dan waktu yang paling aku ingat semasa lawat beliau di uia petaling jaya. pergi pasar malam dekat situ. terima kasih kepada sepupu aku yang baik hati sebab sudi bawa aku ke situ. sekarang apis belajar kat uia kuantan. semoga anda menjadi seorang doktor islam yang berbakti kepada masyarakat ok. panjang pula entri kali nie. penat perah otak supaya menggunakan tatabahasa yang betul tapi ada juga yang tidak betul. tak mengapalah. huhu. ok. kawan-kawan, doakan aku semoga selamat sampai di skudai ok. kepada yang masih bercuti, selamat bercuti. gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga dan yeman-teman tersayang ok. dan kepada yang sudah habis cuti macam aku, sila bersemangat menempuh semesta baru. ok. bye bye. salam. =D  

3 comments:

R A S S said...

wey, ko datang jengke x bg tao aku pon...

sampai ati ko...
nak touching la cam nie..
huk3x

atie yati said...

weyh, ko nie.. jgn la touching2 camnie. ketok laju2 kang. jom hang out skali. temerloh pon ok la. hee.. kalo ko tron jb lagi ok...kui3x...bg la no. ley kuar same2 yok..hee~~

R A S S said...

hahaha...

okey ne no aku..
017-9326405
013-5025081

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.