Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Saturday, December 12

Tanda Sahabat Merajuk...

Salam.









Setiap kali melakukan kesilapan, kamu fikir dengan hanya meminta maaf sudah boleh pulihkan keadaan. Namun kamu tidak sedar atau sengaja buat tak sedar kesilapan yang telah kamu lakukan sebenarnya telah membuat sahabatmu tersinggung dan makan hati dengan sikapmu. Perkara ini Nampak remeh tapi demi menjaga persahabatan kamu harus mengambil perhatian. Bimbang nanti luka apabila di biarkan lama-lama tanpa di rawat, sudah berdarah baru mahu mencari penawarnya tiada guna lagi. Di awal mungkin si dia boleh bersabar namun lama kelamaan apabila sampai satu tahap sudah tidak tahan, tidak mustahil si dia menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu, sentiasalah peka dengan perkara yang boleh menyebabkan sahabat tersinggung.

  • Diam seribu bahasa
  • Buat tak tahu
  • Menolak untuk makan bersama
  • Masam muka
  • Baca surat khabar & majalah
  • Matikan handphone
  • Menjauhkan diri darimu
  • Berkawan dengan orang lain
* dipetik dari majalah remaja edisi 1 oct 2009 kalo x silap la...ngee~~ kalo silap sila beritahu ok! n more details bley la refer kat majalah 2 ea...


"Dan ingatlah bahawa sahabat anda juga seorang manusia...mereka punya hati dan perasaan...ada hak tersendiri...janganla perlakukan sahabat anda seperti boneka...kelak bimbang dendam di hatinya, siapa tahu...hargailah sahabat anda...they are priceless ok!"

2 comments:

farah azmi said...

kalau aku merajuk aku buat ape ek yati?

sbb aku mcm takde pon buat cam kat ats nie. ke aku yg x sedar? haha.

AtiE Yati said...

ko senyap sunyi sepi kot...huhuhu...xsure la...may be ade gak kot ko bwat...kalo aku ade je wat yang tersenarai 2...huahua...

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.