Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, October 22

21202010

alhamdulillah :)
Presentation PSM 1 selesai.
Terima Kasih Dr Roliana and Dr Alex dan juga Encik Hafiz.
Pembetulan laporan submit next week.
Kemas dan padkan laporan anda ye cik yat =)

after present, makan mee goreng kat fakulti.
terima kasih Dr Halina offer makanan kepada kami.
memandangkan 1 hari 0tpu 1 hari, baru setengah hari ok) xmam, laju je makan td.
walaupon kurang gemar mee goreng saya tetap mam juga.
kenyang3x...alhamdulillah =)

dalam pukul 5.30 petang berjalan pulang ke fakulti.
jerebu teruk ok.
sangat xsedap mata memandang suasana UTM dengan kelabu2 mcm 2.
sakit hati dengan perkara yang menyebabkan jerebu trok nie.
nasib baik hujan pagi td. kurang sikit la tp still xsedap mata memandang.
fuh~~bes dapat borak2 dengan mak. da kul 5 lebih mak still kat pejabat...
oh, tersyahdu lak ase dengar nasihat mak...mak memang penasihat terbaik :)
alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana mengurnikan malaikat terbaik untukku...
sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga =)
x lupa juga abah tersayang...sampai ke kuala lumpur mencari rezeki...
terima kasih mak..terima kasih abah...along berharap dipanjangkan usia untuk berbakti kepada mak dan abah..Ya Allah...berikanlah aku peluang untuk berbakti kepada kedua mak dan abah ku..kurniakanlah kesihatan dan kehidupan yang terbaik untuk mereka yang membesarkan aku sejak aku lahir ke dunia ini =)

adik2 ku...bertabahlah wahai adikku...dugaan yang Allah kurniakan itu diharapkan adik dapat lalui dengan tabah dan sabar. dan adik seorang lagi...bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. sesungguhnya kakakmu juga bersyukur kerana beban kedua orang tua kita sedikit berkurangan. gunakanlah peluang yang ada sebaiknya ok. mak pon happy juga. alhamdulillah =) terima kasih Ya Allah.

pas solat asar, aku ke Jusco bersama classmates yang present hari ini. sampai2 keluarkan duit dan amam kfc. snack plate add on nasi. konyang. seyes konyang. alhamdulillah =) pas solat mgrb meronda-ronda dalam Jusco. ntah apa yang dicari. haha. las2 dapat la kertas a4 1 rim, baju kecik yang comel, Libresse pad and pantyliner, ubat gg mukmin, varnish rm1.00. sebelum pulang, cool blog idaman kalbu menjadi santapan terakhir sebelum pulang. ehe. ske2. cuci2 mata di Jusco. 9 lebih juga baru pulang. pulang2 lepak2 king dulu. pas2 mandi2 dan bakar roti. blrupp~~ kenyang2. hehe. roti 2 expired hari nie. cara nak makan dengan laju ialah dengan membakarnye bersama kaya. nyum3x. kenyang sudah. terima kasih jiran sponsor toaster. ehe. alhamdulillah =)

cuma, beg yang di order secara online tidak dapat dimiliki kerana kehabisan stok. alhamdulillah. jimat duit. ehe. udah2 la. sem nie je da bpe beg ada. penuh beg. xtw nak simpan mane. yang rosak terpaksa dibuna. sebab da x pakai an. hehe.

setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. jangan dipaksa untuk melakukan perkara yang x disukai. hidup penuh pancaroba. hadapi masalah dengan senyuman. ucapkan syukur alhamdulillah di atas setiap kurniaan yang diberi olehNya =)

p/s: rindu emak. rindu abah. rindu keluarga. bila maw pulang. esok kena g pejabat kolej. mak sudah kirim tiket balik raya haji. terima kasih mak. anak mak nie banyak songeh lak. xreti2 nak pergi train station sendiri. hehe. macam mana aku x sayang mak. mak sangat2 concern bab2 balik. tacing abes anak emak nie tw. ehe =)

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.