Doa Penerang Hati :)
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
- Wanita yang cantik bukanlah di lihat dari paras wajah dan warna kulitnya tapi dari perilaku dan kata-katanya.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang diam di ketika marahnya kerana sememangnya wanita di jadikan untuk meluahkan perasaannya. Dia mampu menahan diri dari berkata sesuatu yang kesat.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang berusaha untuk memahami kekurangan dan kesilapan orang, memberi petunjuk dengan cari yang baik dan suara yang tenang.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang di setiap hari yang di laluinya, dia sentiasa menyebut mengenai ibu bapanya dan kegembiraan yang ingin diberikannya.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang mempunyai rasa belas kasihan kepada sesamanya, walaupun tidak dikenali, sentiasa bersedia untuk menolong, cinta kepada kedamaian dan mengasihi binatang.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang ramah kepada lingkungannya, tidak kaku akan senyuman.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang tidak suka menghampakan orang andainya ia mampu mengembirakan orang tersebut,ibarat mengatakan ya walaupun si wanita ingin menidak kan kerana takut menyinggung hati orang lain. Bagi pendapat orang, ini memang akan menyusahkan diri si wanita sendiri,tapi tahu kah anda, di sebalik tindakan nya yang menyusahkan diri,dia lebih mementingkan kebahagiaan orang lain.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang mempunyai rasa kasihan yang luar biasa bukan saja terhadap orang tapi terhadap binatang. Bagi pendapat orang, jika terlalu kasihan akan di ambil kesempatan, tapi tahu kah anda, sifat terlalu kasihan si wanita itu memancarkan hatinya yang lembut, itulah hati siti khadijah.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang berbahagia dengan wajahnya tanpa make-up, janganlah dibanggakan wanita cantik dengan merah merona dan alis hitam dimatanya kerana itu hanya hiasan dunia yang palsu.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang tidak boros akan harta benda, yang tidak bangga akan barang esklusif dimilikinya, yang tidak bercita-cita untuk memiliki sesuatu hanya kerna orang lain memilikinya tapi hanya sebatas untuk kegunaan dirinya sahaja.
Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment