Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, January 14

...dear 14.01.2011...

salam 'alaik.


hari nie sudah genap sebulan lagi umur cik yat. orang lain dah turn 2* cik yat masih 2*-1 lagi. hee. cuaca hari nie mulai mendung dengan angin bertiup sepoi2 bahasa jepun. entri kali nie nak summarize aktiviti this week.


Isnin:
ke kelas seperti biasa cumanya lecture lambat skit sebab ada majlis penyampaian perutusan dari NC UTM ye. sedikit sedutan yang dipetik dari blog HEP utm:


"Bagi sasaran 2011, agenda lebih penting disasarkan sebagai kelangsungan slogan "Kerana Tuhan Untuk Manusia" yang difokuskan pada 2010. Lima teras Strategik UTM 2011 adalah kelangsungan UTM memacu kecemerlangan pada masa hadapan. Lima Teras Strategik UTM 2011 adalah:
1. Memajukan Konsep Universiti penyelidikan berasaskan keusahawanan (entrepreneurial research university).
2. Pemerkasaan pembangunan organisasi telus, mantap dan berdaya saing.
3. Menyediakan suasana pembelajaran yang stimulatif, berteras keusahawanan (entrepreneurial), dan berkualiti.
4. Ekosistem intelektual yang dinamik dan bersepadu.
5. Suasana kampus yang ceria, sihat dan lestari.

dan, sasaran utama adalah menjadi salah sebuah universiti moden berkonsepkan "New Academia".


"...Minda proaktif membolehkan kita lebih bersedia untuk lebih berjaya. Minda proaktif sentiasa mencari jalan, cara, kaedah dan ruang untuk maju dan berorientasi hasil berimpak tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran; masalah adalah satu kesempatan, ketidakcukupan adalah suatu peluang, dan kelemahan adalah suatu peluang keemasan."
Zaini Ujang, Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2011: Menjana Minda Kreatif & Inovatif, 2011   "

dan dapat homework kena buat review paper. peh. mencabar juga tajuknya. maka, kenalah gunakan kemudahan yang ada seperti Springer Link, Science Direct, etc. pas2 presentation plak sebelah petang. pas2 pulang. xda pape yang menarik. cuma esok adalah cuti sempena hari hol almarhum sultan johor.

selasa:
hari ni cuti. haish. xboleh jadi nie. kelas hari selasa xpernah masuk lagi. last week dibatalkan. this week sebab cuti pula. and tetap dapat task juga. kena c the lecturer sebab ada task nak diberi. bincang2 bahagi group and esok decide mahu jumpa. hari nie 1 day off. peh. mcm kerja plak. sedar skit projek 2 ada due date cik kak ye. ngee :p

rabu:
jalan2 ke fakulti. eh2, ingat jalan2 cari makan ke? jumpa lecturer pas2 lunch di cafe fakulti. g library. cari buku2 yang mahu digunakan untuk dijadikan rujukan membuat review paper. jalan2 pergi pc fair yang ada kat Dewan Sultan Iskandar. xde la banyak booth pon tp ada la jual2 barangan aksesori laptop pc dan etc. pas2 rebat sarung utk external hd. sepoloh hinggit sudah. then rempit ke pejabat pengawal keselamatan. beli stiker dan seterusnya selesaikan urusan terakhir untuk hari ini di pejabat kolej. bayar alatan elektrik ye. settle sudah. oh ya. tambahan wat report pasal toilet. hihi.

khamis:
bagus plak pejabat kolej nie. settle sudah pasal toilet tuh. hari nie kemas2 bilik je. wat2 kerja. and done.

jumaat:
hari nie. wat kerja sekolah. p lunch. sekarang hujan lebat pula. tetapi saya tetap mahu ke library sebentar lagi. mari2x ke library. manfaatkan penggunaan library sebaiknya. =)

p/s: nak pergi terengganu masa CNY boleh x? hujan lagi ke kalo pergi masa 2? xnak balik rumah cuti sem boleh x? *sign*  
 

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.