salam 'alaik.
sambil melayan ost from sungkyunkwan scandal drama, jemari runcing cik yat teringin juga berlari-lari di atas keyboard nie. meh2 layankan aje ringkasan aktiviti cik yat untuk minggu pertama ni.
monday...
2 kelas je hari nie. 9 am to 12 pm and 2 pm to 5 pm. 1st day sudah ada assignment. siap sedialah kerana tarikh presentation sudah dikeluarkan. next monday sudah kena present. hehe. 2 je la untuk hari nie. dinner layan ciken chop kat mama chop papa grilled. add on cappuccino ice blande =)
tuesday...
sepatutnya ada 1 kelas tp xde kelas. meet sv tersayang merangkap pa tersayang juga. haila. siap sedialah. at least 2 minggu sekali wajib jumpa my sv nie. on friday 3pm to 5 pm. ok. xboleh suka ria lagi. ingat boleh balik dari hari selasa sampai ahad tp sv saje buat meeting hari jumaat. redha la. fighting for da last sem.
wednesday...
jalan2 cari makan di Seoul Garden. menggunakan student card, dapatlah potongan berapa hinggit tah. memang makan habis2 an la. dari steamboat, grilled and dessert. semua puas hati. semua buat sendiri la katakan. hehe. 2 jam makan2 sahaja. terbaik la kanak2 course mates ku bab2 makan nie. haha. pas2 nak tgk wayang kununnya tp xde plak citer best. yang ada telah berjaya didownload oleh rakan2 yang memang hantu cerita. haha. pas2 pulang la dan rehatkan perut. sebelah malam main saidina. juara la cik yat malam 2. sampai pukul 2 pagi main dengan kemenangan hampir semua tanah2 dan ladang2 serta air dan letrik kepunyaan cik yat termasuk 4 biji hotel dan wang sejumlah 19k. peh..kalo benar2 ada 19k memang bahagia la. kui3x...
thursday...
xde apa buat. tgk kerja yang patot dibuat. pas2 banyak tdo sebab tetiba diserang asthma. 2 la. semalam makan banyak agaknya. hehe.
friday...
hari nie settle an pasal sticker motor roomateku. beliau tidak sempatlah ke pejabat utk settle an sendiri memandangkan beliau sedang ber LI dan masuk kerja jam 8.30 pagi dan akan pulang pada jam 5.30 petang.
lunch hari ni makan free sebab mak cik cafe dapat sambung kontrak. ye la kan. ada 3 kafe x dapat sambung kontrak da. tinggal la 2 cafe makan dan 1 cafe air je yang bertahan. alhamdulillah. semoga mak cik dimurahkan rezeki and kalo ada rezeki lebih boleh la makan free lagi ye. menu cik yat lunch td nasi kerabu lauk ayam goreng. 1 kafe lagi nasi hujan panas. boleh makan 1 je la. jangan tamak. orang tamak selalu rugi ye kawan2. pas lunch rehat2 and 3.00 ptg dengar taklimat psm 2 dari Dr Ismail Mat Amin. pas2 petang p office utk dapatkan sticker 2. petang xde aktiviti menarik. selain daripada planning utk persediaan melaksanakan sistem yang sudah dirangka semester lepas. sila rajinkan diri anda cik yat. gunakan aspire 4738g semaksima mungkin :) mungkin juga cik yat akan menggunakan pc di lab psm. lebih mudah. sebab laptop nie mcm cerewet juga. xpela. berdoa banyak2 semoga Allah membantuku dalam urusan ini. aminn :)
terima kasih kepada classmate ku iqbal, sebab bagi ole2 from nami island. :)
p/s: jom jalan2 jusco esok. hehe :p teapi terbaik untuk cik yat adalah shopping =)
Saya bukan mesin ATM?
2 weeks ago

No comments:
Post a Comment