salam 'alaik :)
hari ini hari sabtu. semalam ak bertolak pulang ke rumah jam 5.45 petang dari HTAA. keadaan trafik di bandar Kuantan agak sesak kerana kereta berpusu-pusu di atas jalan raya dengan rancaknya (peh...berpusu-pusu). and selepas menghantar kawan kakak se praktikal ku ke sungai nerek, kami bergegas pecut ke exit tol temerloh sebab my mak Queen of my heart :) sudah tiba. gigih mak saya drive sorang2 sebab abah saya menghadiri majlis solat hajat sempena pmr kat sekolah beliau. sampai rumah dah pukul 9.45 malam. penat2 2 basuh baju sebab kuantan xde air sehari then bila ada balik keruh sungguh airnya....sabo jer la...mandi2 n makan mcm2 yang mak masak. pulut kuning+rendang ayam, bihun sup yang sangat8x lazat and laksam spesial (ak pon boleh tahan la sudah pandai bikin laksam nie :) ). then sambung baca novel Cinta Kontrak and chatting sampai ngantuk dan ttdo..zZzZz...
keesokan harinya, my mak kejut tanya nak beli lauk apa untuk bekalan balik memandangkan my duty plak beli lauk nak bawa balik. aku pon memesan ikan bawal putih(luper babe nak cakap sebab mami2 bgn tdo kan.) ketam bunga, ikan kerisi dan dan dan ayam sekor. hanya berbekalkan rm50 ak harap mak ak akan belikan cukup2 jer la pakai duit 2. balik2 terkezut ak lauk yang ak mintak over rm100. tersetak jap ak. o.m.g...nape la mak x bawak anak mak nie pergi pasar.......aigoo...serba salah ak...mak pon cakap xpela...awak buat bekalan kan lauk 2..for two weeks..sebak ase...mak cakap cukuplah rm50 2...xpayah bg da..lebih duit lain g beli sayur2 sok...lagi la sedih...maaf mak anakmu xtahu harga semasa lauk2 yang dibeli itu. semua 2 hasil perbincangan ngan akak umah ak 2 la. haishh...pasni ak malas da nak suh mak ak cari lauk. bia g sendiri je. hehe. mak x suka rupanya beli lauk kat tf. katanya xsegar sangat. xpela. masing2 ada pendapat msg2 kan nak beli lauk the best kat mane. huhu. ak pun tolong mak ak bersihkan semua lauk2 2 and packing lawa2 punya supaya esok boleh bawak pulang dalam keadaan sejuk beku lagi okeyh...then ak simpan dalam peti ais. lepas 2 ak memulakan operasi mengemas bahagian dapur rumahku. mcm2 aku kemas tup2 dah pukul 1 pm. bermandi-manda la plak kan pas2. makan tengah hari dan lepaking sekejap.
after solat zohor dan lunch, ajak my mak pergi saloon. yeay. masa bergembira ke sana. lame gler x g saloon. after selesai urusan di saloon, mak g kedai tayar kete sebab masa tukar tayar hari 2 xsempat wat alignment tyre. banyak gak kete tp tgg je la. sambil2 2 ak baca novel Cinta Kontrak lagi. best woo novel nie. harap2 masuk top 20 novel laris :p dah siap pasang balik tyre 2, ajak mak g carwash sebab kete xtantek plak ak tgk. mak agree je. hehe. suke2x. mak pon drive la ke carwash yang dia tahu. pas2 operasi bermula la. ak tgk je orang 2 cuci kete. syok nye dapat main air! hehe. dah siap cuci luar and dalam kami pon pulang. ak x puas hati la carwash 2. da la xvakum betul2. lap cermin pon ada lagi tompok2 kotoran. saboorr je la. xberbaloi bayo rm10. haish. len kali la cari ar wash lain plak yang lagi best.
usai solat asar, mak aku ajak ziarah moyang sedara terlantar di wad melur (ye ke ekh, lpe lak) @ hospital jerantut. sebelum 2 singgah kat pasar malam beli kuih lepat pisang and kuih tepung pelita. and beli pucuk paku pakis yang kaler merah 2, nak wat bubur lambuk sok..yippieee! :) mak saya mcm faham2 je anak dia nak makan masakan mak dia yang sedap8x. nak mintak sambal hitam belimbing plak xbnyk. xpela. lain kali la. melelh air liur ak kalo nampak sambal belimbing hitam nie. sedak mat weyhh... dah siap beli tros la kami menuju ke hospital jerantut. kat tempat moyang ada 3 pesakit lelaki lain. masa sampai 2, makanan dinner untuk pesakit pon sampai gak. tp moyang xmo makan nasi, dia mintak kanji. pelik mula2 dengar kanji? then baru paham kanji 2 sebenarnya bubur. xtw plak orang doolu2 panggil kanji. hehe. dah siap makan lepak2 sambil bual2 ngan mak sedara yang jaga sampai la waktu melawat tamat. sejam juga la melepak di situ. mcm mane kucing boleh menceroboh masuk wad? peliks sekali.
itulah perjalanan cerita hari ini..layan cerita sepi kat astro ria. tamatlah sudah hikayat hari ini. esok bakal pulang semula ke kuantannnn..o.m.g...malas nyer...ada 8 minggu lagi sebelum latihan praktikal tamat. Doakan ak dan rakan2 seperjuanganku berjaya mengharungi 2 bulan nie dengan sabar dan tabah :)
sambung baca cinta kontrak...salam & gud nite :)
Saya bukan mesin ATM?
2 weeks ago

No comments:
Post a Comment