Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, November 11

29.10.2011: Lawatan ke UMP

# cenderamata dari FSKKP, UMP #

kurang rajin mengarang. haha. tempek gambo sekiping cukup la ye. 3 minggu lagi latihan industri akan tamat. pelbagai dugaan mendatang sejak akhir2 nie. adakah Allah menegurku? semoga tiap2 dugaan yang mendatang ini memberikan kesedaran kepadaku tentang kehidupan ini....Ya Allah, ku pohon dariMu agar aku diberikan kekuatan untuk menempuh ujian2 dariMu Ya Allah...sesungguhnya aku mengetahui bahawa Engkau hanya memberi ujian mengikut kemampuan hambaMu...aminn..

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.