Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Saturday, December 31

sayang mereka...

salam...

hari nie cik hati ingin mencoret kisah satu hari ini...semalam plan nak belajar memandu pada hari ini. namun, subuh td bonda kejutkan dan meminta anaknya ini menemaninya memandu ke kuantan untuk bawak abah tersayang ke Kuantan Medical Center (KMC). Keadaan abah semakin mudarat. kesiannya tgk kaki abah dah bengkak and besar :'(...hopefully sangat masa 2 janganlah kena gangrene or whatever serious ill coz my dad have diabetes. kaki abah dah bengkak since 2 weeks ago (dia terjatuh dalam lubang semasa mengerjakan kebun tebu beliau) and become worst lepas balik kg kat johor for 3 days and one days extra berjimba di jalan masjid india @ kl. kesian abah drive jejauh semata-mata nak bawak anak2 nya berjalan2 sempena cuti sekolah. planning nak naik cameron highland new year pun terpaksa postpone dl sebab keadaan abah yang tidak mengizinkan. dah pergi 2 klinik berbayar, hospital and also alternative treatment (berurut) tp xsurut-surut juga bengkaknya. dengan pantasnya bgn and mandi lalu bersiap2 dengan hanya menyambar kain sembahyang and beg tgn. pas2 breakfast kat depan smk temin and troskan perjalanan. my mak memandu dengan berhati-hati and kul 11.00 a.m sampaila kat KMC. bg ic and tros frontline staff refer kes abah ke pakar orthopaedic. xsampai 10 minutes abah pun masuk. dr kena bg suntikan antibiotik sebab ada jangkitan kuman kat tempat bengkak tu.

pada mulanya abah kena tahan ward but KMC quite expensive, so bincang2 dengan dr and he agree abah boleh bawak ubat balik untuk 8 more IV and kena buat kat hospital. abah needs to take 10 bottles of the ubat (luper name ape). and cost for a bottle is rm107.00. hehe. xpela. asalkan boleh buat kat jerantut pun ok gak. sehari boleh amik 2 times je. xlarat gak berulang ke Kuantan. dengan nak sekolahnya kan. mami kesian kat adik2. so itulah cara yang terbaik untuk make sure abah amik ubat 2. Sister KMC cakap, antibiotik nie paling kuat dah bg sebab nak kill the bad kuman 2. (melawak lak...:p). masa tgg abah kena cucuk antibiotik 2, rasa sedih sangat2...rasa nak menangis je depan mak tp mak xngs pun. she is strong woman. i want to be like her. tabahnya mak...siang malam duk cakna pasal abah. balik keje pun awal sebab nak tgk abah. ak masuk toilet lalu rasa sebaknyer....waa...

lepas abah dah rileks selepas disuntik, kami pun bertolak pulang ke rumah. masa amik ubat kat kaunter, tgk dalam botol ubat 2, serbuk rupanya. ingatkan cecair. patotla kena wat kat sepital nak masukkan ubat 2. tgn abah pun dipakaikan tempat masukkan ubat (xtw name, bakal2 dr atau dr yang tw boleh la bgth ye jika mahu). cost rawatan plus ubat je rm1.5k. fuh fuh...ak nie jenis payah nak tgk muka lame2, td ak curi2 pandang abah. sedih sangat rasa, tgk anak mata abah, looks like dia memang dalam kesakitan amat sangat tp diam senyap je. xbising pun jerit2 sakit2 (hensem gak abah nie..walaupun dah beruban banyak..hehe..)...harap2 usaha yang kita lakukan hari ini ada hasilnya. Ya Allah...berilah kesembuhan kepada abahku yang tersayang...sesungguhnya kami sudah berikhtiar..hanya Engkau sahajalah yang mampu memberi kesembuhan bg setiap penyakit...aaminn... (tears fall again)...

kepada sesiapa yang terbaca entri ini, mohon doa dari kalian. terima kasih kepada sesiap yang sudi mendoakan untuk abah saya =') aishiteru abah....aishiteru mak...mak adalah wanita tabah. sanggup berkorban demi suami tercinta dan anak2nya yang tersayang...Ya Allah...berikanlah kekuatan kepada ibuku...permudahkanlah urusan kedua ibu bapaku untuk sampai ke tanah suci untuk menjadi tetamuMu...aminn...

background music: Opick-Rapuh...
 

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.