Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Saturday, April 14

Perjalanan Hidupku....

assalamualaikum =)

alhamdulillah...saya bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya masih bernafas di bumi ini. Jam sudah menunjukkan 12:23 pagi. hati tergerak untuk berbicara di sini. kini, saya masih di bumi utm. masih memegang jawatan pelajar. belum bekerja sebagaimana rakan2 seperjuangan semasa ijazah pertama dahulu. ini pilihan saya. saya rasa bersyukur juga masih diberi peluang belajar. masih boleh mencari ilmu. alhamdulillah. kepada rakan2 yang telah bekerjaya, tahniah buat kalian. bekerjalah kerana Allah s.w.t. semoga rezeki yang diperoleh penuh keberkatan (insyaallah). nasihat kepada saya sendiri: belajarlah kerana Allah. nescaya ilmu yang diperoleh turut diberkatNya (insyaallah).

dewasa ini, banyak yang saya pelajari. hidup ini penuh suka dan duka. semakin dewasa, semakin banyak onak duri yang terpaksa ditempuhi. meskipun hati ini meronta-ronta tidak mahu diuji dengan ujian yang berat, namun tiada siapa yang dapat menghalang. Allah itu Maha Berkuasa, maha mengetahui. saya semakin sedar ujian yang ditimpakan ke atas saya untuk menguji keimanan saya. maka saya perlu kuat, perlu banyak mendekatiNya...dan sentiasa berdoa untuk diberikan kekuatan hati. 

gelojak hati ini semakin menjadi-jadi. hehe. sebab dah rasa dewasa, macam2 yang difikirkan. semoga diri ini tidak alpa dalam urusan duniawi semata. sampai masa ada rezeki juga kan. semoga urusan ini juga dipermudahkanNya ;)

untuk menukar genre menulis hal ehwal semasa tidaklah termasuk dalam list priority saya. sebab jika tersilap menulis maklumat akan membawa kepada kesan negatif. jika ada kelapangan kelak, akan menulis jua isu-isu yang normal supaya dapat mengasah minda untuk berfikir lebih kreatif. pembelajaran tahap sarjana memang memerlukan pemikiran yang kritis dan bernas.dengan menulis dalam bentuk penulisan ilmiah dapat mengasah bakat untuk menulis bagi kertas penyelidikan. 

semoga tahun 2012 memberikan saya kekuatan untuk berjuang dan platform untuk mencipta sesuatu yang belum pernah saya lakukan 22 tahun yang lepas. 

akhir kalam...selamat malam. semoga dipertemukan dalam entri seterusnya ;)

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.