Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Wednesday, May 9

#007

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah....08.05.2012 tercipta satu lagi sejarah manis buatku. Selamat sudah sempurnanya majlis konvokesyen ke-48. Mcm2 perasaan ada sepanjang satu hari smlm. Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki ini kepadaku. Terima kasih kepada kedua ibu bapaku yang datang jua ke majlis sejarahku ini walaupun sibuk bekerja. Rasa bahagia dapat sarungkan baju kurung yang dijahit manik oleh ibuku. Satu perasaan yang sangat2 best. Pagi sebelum bertolak, abah call. Dia tanya kena pakai formal ke. Ak ckp baju batik pun ok. Bimbang kalo suh pakai kemeja nanti panas n peluh2 xselesa plak. Then abah wat joke, "kalo mcm tu baik abah pakai blazer. Baru la formal". Hoho. Smgt abah. Mcm abah pula nak konvo. Hihi. Sampai2 utm, g makan dgn dorang. Terima kasih makcik2 ku di segamat kerana membekalkan makanan kepada ak. Walaupun xdpt dtg, ak sgt hargai makanan2 yang diberi. ;p makan kat cafe meranti je. Pas2 mak ckp ada tempat nest x nak g. Ak pun laju je ckp jom p pesta convo. Hoho. Jalan2 la kat c2. Abah borong tshirt utm n pen2 utm. Ada la tu nak buat apa2. Hehe. Mak pun memborong tuduh n baju n jubah. Dah penat jalan2 p makan sup2 plak. Kenyang. Hehe. Pas2 aku balik ke hostel n mak abah ke hotel. Next day, mak call kejutkan aku 6.15 a.m. Ak tgh mandi manda. Hehe. Pas2 tiba di dewan. Debar2 tgg turn naik stage. Abes majlis cari mak abah. Seriussss aku x expect mak abah akan ada dalam dewan lg sbb tempat duduk dorg dah kosong dan cuma mereka shj yang ada. Terharu ak ;') Pastu, dapat bergambar dalam dewan. Itu pun abah yang bersemangat. Walaupun lampu dewan hampir nak ttp, abah still ckp "tunggu je. Sempat nie amik gambar". Terharu seyh..baru tw abah memang suka bergambar. Hoho. Mak pula ikotkan saja. Suka dapat red roses. Mcm bercinta dgn mak pulak. Hoho. Terima kasih bonda. Terima kasih ayahanda. Syukur kepadaMu Ya Allah...berilah kebahagiaan kepada kedua ibubapaku. Sebak waktu doa pembukaan dibaca. Semoga aku tidak lupa jasa kedua orang tuaku.
Yang kedua, bersama teman2. Tdo bersama malam sebelum convo. Jahitkan jubah kawan. Sampai 1.30 a.m. Sebab tu la liat bnor nak bgn. Set alarm 5.30...5.45 baru bgn. Hoho. Siap laju2 sbb pg tu baru nak iron jubah. 7.10 register. Then siap2 pakai jubah. Pin sana, pin sini. Tu la. Kesian dapat jubah gedoboh. Hoho. Mortar board pun xnak duk leklok atas kepala. Sabo je la. Dah siap pin pin, g masuk baris. Ready nak diarak masuk hall. Sambil2 jalan sempat lagi bergambo. Happy giler time nie. Huhu. To be continue. Aku rasa untuk kawan2 memang panjang ceritanya. Ak nak tulis kat sini supaya one day nanti aku akan baca lagi dan lagi. Xnak lupakan sweet day nie.
Btw, ak menaip entri ni dalam train. Ak otw balik ke rumah kerana ada hal penting. Xsempat tangguh2 lagi. Hoho. Ok la. Doakan aku selamat sampai. Tahniah buat kawan2 yang grad bersama2. Semoga korang trus berjaya di dunia dan akhirat.
Yang rajin menaip
Cik Yat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.