Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, July 27

#008

Salam 1 Rejab 1433H.

hari ini aku ingin berkongsi pengalaman untuk memohon pinjaman yayasan pahang. Tujuan aku menulis entri ini sebab ak ingin berkongsi cerita kerana aku dapati tiada sumber yang dapat diperoleh dari internet. diharapkan entri aku dapat dijadikan panduan kepada adik-adik atau rakan-rakan yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading dan memerlukan sumber kewangan.

first sekali, aku terbaca iklan ini masa bulan febuari yang lalu. masa tu pula, 14 februari aku sudah bertolak pulang ke UTM untuk menyambung pelajaran. kelas pertama aku bermula 20 Februari. Berikut adalah cara memohon bagi sesi 2012:





Cara Memohon Pinjaman Yayasan Pahang 2012
Permohonan perlu dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my/ Borang permohonan lengkap perlu dimuat turun dan dihantar ke Yayasan Pahang bersama dokumen-dokumen yang perlu secara pos atau serahan tangan.
Dokumen perlu sampai ke Yayasan Pahang selewatnya 7 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Tarikh tutup permohonan : 27 Febuari 2012
Panggilan temuduga akan dimaklumkan secara sms dan emel dalam tempoh 3 minggu selepas dari tarikh tutup permohonan.


aku isi permohonan online. kemudian print borang tersebut dan dapatkan tandatangan aduk kawasan damak (koi duduk jerantut). the sahkan semua sijil2 berkenaan. pos ke Yayasan Pahang semula borang2 tu. maka penantian untuk ditemuduga bermula. 

Tanggal 13 March 2012, aku menyemak status temuduga setelah menerima sms daripada pihak yayasan pahang. alhamdulillah aku terpanggil. temuduga berlangsung di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada 17.03.2012. minggu yang sblm tu aku baru sahaja ke KL untuk menghantar kedua ibu bapaku menunaikan ibadah umrah. maka aku perlu ke KL sekali lagi untuk menghadiri temuduga ini. mcm2 perasaan ada. aku text mak yang berada di mekah. mak aku ckp insyaallah semua nya akan berjalan lancar. jika itu rezeki aku, maka akan aku dapat merasainya. aku ingatkan soalan interview killer2. rupanya dia tanya kenapa perlu kita dapat pinjaman nie. dalam masa tu, lebih kurang 100++ orang hadir. ramai tuh...xramai pun yang muda belia mcm aku. kebanyakkan aku tgk dorg ni dah bekerja. ada yang sebagai guru. so aku pun xletak harapan tinggi. sbb ramai kan....

dah selesai temuduga, aku pun berdebar pula menanti keputusan temuduga. tanggal 23 April 2012, aku tergerak hati untuk menyemak keputusan temuduga. Alhamdulillah3x =) berkat doa ibu dan ayah ku di tanah suci, ada juga rezeki ku untuk terima pinjaman ini. segera aku call mak. mak pun gembira. hehe. so penantian seterusnya adalah borang perjanjian pinjaman tersebut.

pada 8 mei 2012 = tarikh konvo aku juga, surat perjanjian pinjaman sampai ke rumah. aku pun dipanggil pulang pada 9 mei kerana kena serah semula sebelum ada pada 14 mei. nak xnak terpaksa lah aku balik. sungguh penat balik 2 malam. ya, 2 malam di mana aku tdo hanya di dalam keretapi. malam terakhir aku sempat tidur 3 jam sahaja bersama bonda. terima kasih mak sbb susah payah bawak anak mak nie uruskan apa yang patot. amik tandatangan d.o, tandatangan pengetua sk mak n abah, matikan setem, beli setem, and last skali pos guna Kangaroo sevices. dijamin sampai hari jumaat. hehe. so perjanjian itu selamat di hantar pos pada 11 mei 2012. alhamdulillah. semoga urusan dokumen perjanjian itu berjalan lancar. untuk pengesahan penerimaan dokumen perjanjian, kita mestilah call unit pinjaman yayasan pahang ok? mereka melayan panggilan anda dengan baik (insyaallah) ;) tanggal 24 july akhirnya bayaran diterima. untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bayaran yang diterima, boleh call kepada pegawai yang incharge mengenai pinjaman kita. gunakan wang sebaiknya.

alhamdulillah
sekian selamat malam.

jariku tari menari
Cik Yat

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.