Semalam, 19 December 2012, aku ke Cyberjaya untuk melawat MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) bersama-sama classmates IT Planning and Management oleh Dr Abdul Razak. Bas bergerak jam 7.00 pagi dari utm dan berhenti sarapan di R&R Pagoh jam 9.00 pagi. tiba di MAMPU, kami disambut staf dan dibawa ke bilik mesyuarat di tingkat 6 bangunan tersebut.
Setelah mendengar taklimat, kami dijamu dengan kuih2 dan buah2an. selepas itu dalam pukul 1.30 tgh hari, kami bertolak ke masjid putra untuk solat dan makan tengah hari. tiba di masjid jam 2 pm. selesai solat, kami ke selera putra yang terletak di tepi tasik. ak memilih untuk makan di Nandos dan alhamdulillah kekenyangan sehingga membawa pulang ayam yang tidak mampu dihabiskan ketika itu. sunngguh pun trip ini menarik, aku x gemar naik bas dengan orang asing kerana dorg punya perangai yang aneh seperti memasang lagu bahasa mereka dan berjoget dalam bas. oh hellow...xterasa dah nak naik bas dengan dorang nie sebab aku x larat pening kepala dengan karenah yang x respect hak orang lain ni. tiba di utm jam 7.50 malam setelah bergerak lebih kurang jam 3.40 pm dari masjid putra. ini adalah trip pertama berjalan2 sepanjang aku menjadi pelajar sarjana. walaupun 3 rakan tidak dapat hadir sekali kerana mereka ditakdirkan untuk mempresent hasil kerja mereka pada hari berkenaan, kamiorang tetap membawa pulang hadiah dari MAMPU iaitu sebuah beg yang mengandungi buku nota, pen, payung dan pamphlet perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU.
sekian warkah hari ini. wassalam...



No comments:
Post a Comment