Doa Penerang Hati :)
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Selamat petang. cuaca ketika ini adalah hujan. perut rasa lapar saje dan macam-macam makanan disumbat seperti biskut oat, corn flakes,
jajan dan sebagainya. oh rasa nak cerita mengenai presentation hari tu tapi memandangkan agak demotivated, maka tak sampai hati nak share kat sini. nanti tetiap kali terbaca semula pasti sedih. susah juga jadi pelajar sarjana nie. kadang2 terpikir apesal la x keje dulu lepas habis belajar itu hari. penyesalan tak berguna dik oi. maka kehidupan mesti diteruskan. so chill and moving foward yat! u can do it! hurm..kasihan cinta hati yang berada di kemaman kini. hari nie beliau tidak sihat. sakit kepala katanya. macam mana la menahan sakit kepala seharian semasa bekerja...Ya Allah..berikanlah kesembuhan kepadanya.. sabarlah awak. banyak2 ingat Allah. Istighfar dan mohonlah ampun dariNya. moga2 sakit yang dialami menjadi kafarah kepada dosa2 yang lalu..
Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment