Doa Penerang Hati :)
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Alhamdulillah masih diberi ruang oleh Allah s.w.t untuk bernyawa hari ini. Baru selesai late lunch. Berehat seketika dari penulisan systematic literature review. Lelah rasa nak menulis ulasan kerana memerlukan sekurangnya 30 paper rujukan. Semoga Allah memberikan ilham agar aku mampu menyiapkan tugasan ini. Nak bersosial pun terpaksa dibataskan. Maaf. Aku bukan ingin menyepi. Izinkan aku menyelesaikan tugasan2 ku. Orang jauh tu pun susah nak dpt masa darinya. Fahamlah aku erti penantian. Sabarlah dan berdoa terus terusan moga ukhwah itu terpelihara dan sentiasa berkasih sayang. Walau tidak berkomunikasi, insyaallah tidak lupa nama2 yang menyayangiku sentiasa ;) sentiasa bersangka baik semoga hati terdidik menjadi lebih baik (Insyaallah).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment