Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Tuesday, January 8

#028

Happy belated birthday my whiteberry :D terima kasih berjasa kepada tuanmu ini. Dirimu sangat berharga memandangkan si pemberi itu berniat menjadikanmu hadiah konvokesyen ku yang lepas (advance sangat lah). Walaupun banyak cacat calar balar padamu, tuanmu akan tetap memakaimu. Meskipun keypad dah dua keping tertanggal, tuanmu ini mampu tersenyum lagi sambil menampal pita pelekat lutsinar dan baguslah masih dapat berfungsi lagi. Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat menggunakan telefon ini. Semoga kamu terus berkhidmat supaya aku boleh berhubung dengan orang2 kesayanganku (ma abah adik2 pensyarah2 guru2 rakan2) dan siapa2 sahaja. Happy belated birthday (3rd January 2013).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.