Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, April 20

#001

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah di pagi jumaat ini, aku berjaya menggagahkan diriku ini ke PSZ, sumber ilmu yang sangat banyak.  walaupun semalam tidur agak lewat, namun semangat juang untuk membuat tugasan yang sudah bersusun tinggi umpama gunung kinabalu meminta-minta untuk diselesaikan berjaya membangkitkan aku dari lena. haha. kisah jam 3 pagi td, aku terjaga dari lena kerana kesejukan lalu terpandang ke arah tingkap. aku pun bgn untuk menutup langsir dan terkejut melihat ada lembaga di bilik kawan aku (bilik beliau di tingkat 4, aku tingkat 2. dan blok kami bertentangan). aku terus berlari ke arah katil sambil membaca ayat2 suci. boleh pula terbayang macam-macam dalam kepala ni. pastu aku pun dapat lena semula. and sebelum gerak ke library jam 8.45 pagi td, aku bertanya kepada kawan aku apa dia buat semalam pukul 3 pagi. rupanya dia sedang menghendap ke bawah sebab terdengar suara lelaki. dan lelaki itu adalah bro mcd delivery. cis betul. membazir perasaan cuak aku tu. hihi. moral of story, fikir la logic sikit. jangan cepat duk pikir yang bukan2 je. hihi. 

genap 2 bulan aku berada di peringkat pengajian sarjana ini. banyak yang aku pelajari. dan xsedar masa berlalu begitu pantas. pejam celik habis dah seminggu. huhu. masa sarjana mudah dahulu, rasa lamer je nak abes seminggu tu. bila dilanda kesibukkan untuk membaca dan menulis secara kriktik memanglah mengambil masa dan tidak mungkin dapat diselesaikan satu hari untuk mengkritik satu journal @ paper!!! the fact now is aku dah lamer xrajin membaca, so agak susah dan liat-liat jugalah nak membaca tu. makanya, aku pun sampai ngs2 paksa diri baca journal tu. siap plan nak mereward diri sendiri kalo aku dapat selesaikan tugasan yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan. aku dah la selalunya nak kerja tu berkualiti. selalunya xcepat la aku puas hati. ada sampai satu level aku sendiri ternangis sebab x puas hati dengan apa yang telah aku kerjakan. haha. contohnya masa aku buat abstract untuk dihantar kepada supervisor (sv) untuk semakan. dia cakap aku buat terlalu complecated. cuba simplify apa yang aku dah tulis. aku punya pemikiran agak complicated agaknya menyebabkan menda senang jadi susah pada aku. finally, abstract itu dibetulkan oleh sv aku dan aku pun selamat menghantarnya. conference tu pula bulan 9 nanti kat ump. harap2 aku berjaya siapkan paper sebelum habis sem nie. target aku next month. final exam dalam bulan june nanti. skrg kena pakai planner untuk mengelakkan termiss important date seperti submission projek atau paper. 

semalam selesai bersolat isyak, tetiba2 mengalir air mata kerinduaan kepada abah dan mak. tetiber rasa sebak je. mengenangkan jasa mereka, pengorbanan mereka membesarkan aku, memberi kemudahan2 kepada aku, menyebabkan hatiku turut tersentuh. oh abah, oh emak. along sayang akan kalian selamanya. semoga Allah memberi perlindungan dengan rahmat dan kasih sayangNya kepada emak dan abah. berilah kebahagiaan berkekalan dan berpanjangan kepada mereka. berilah aku kekuatan dan keupayaan untuk aku membalas jasa mereka walau sekelumit kerana aku sedar aku tidak mampu membalas jasa mereka sepenuhnya. and dalam pukul 12.30 tgh hari td mak call. gila happy aku. bukan aku xnak call, cuma aku takot wrong time je call. mak tgh bz kerja, abah pun bz dengan kerja dia. so bila mak call td dapat dgr suara mak dah kian sihat. lama juga mak sakit tekak batuk2 sejak menunaikan umrah bulan lepas. alhamdulillah syukur mak kembali sihat. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua-ibu bapaku. aminn. borak2 sikit. nak je jerit i miss u mak tp memandangkan tgh jalan, xjadi la. hehe. excited mak cakap nak datang a day before convo. kesian mak abah, kena mintak cuti untuk hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya ini :( tp kalau mereka xdatang xbest lak. aku usahakan untuk tamat degree kerana mereka (selain kerana untuk memperoleh ilmu dan mendapat keredhaan dari Allah s.wt) so xaci la xdatang. hehe. sorry abah, along terpaksa guna cuti tahunan abah untuk dtg konvo along. huhu. see, mereka berkorban lagi. manalah jiwa anak ini tidak terusik kan. semoga pengorbanan mereka tidak aku lupakan dan kekal dalam memori ingatanku (dengan izin dariNya). 

next chapter, i want to be better person. =) yang nie simpan sendiri. semoga Allah memandu hatiku ke jalan yang lurus dan diredhaiNya =)

soal jodoh? tipu la kalo kata aku x jeles kawan2 sebaya aku dah selamat membina 'baitulmuslim'. ada juga sahabat yang sudah selamat melahirkan zuriat. seronok tgk mereka2 dan pasangan mereka bahagia. semoga pasangan2 ini bahagia dan berkekalan hingga syurga. aku bila? sapa nak jawab? hehe. disebabkan berada dalam keadaan unknown status, so aku hanya akan menghebahkan berita gembira ini apabila tiba saatnya kelak. aku pun belum tahu bilakah sampai masa aku. hehe. ntah mak abah dah sedia ke x melepaskan anak nya ni. xpela. yang 2 aku tinggalkan hal last skali buat masa ini. ada berita gembira nanti akan dikongsi kelak :) doakan aku ye kawan2.

ok lah. skrg kena siapkan tugasan dahulu. xtaw la sempat atau tidak bertemu sahabat2 di kl sana sebab tugasan yang banyak ini melemaskan aku. harap2 adalah kesempatan sebab kira mcm dah cakap nak pergi sana before abes dia punya sem. huhu. doakan perjuangan aku di sini. 

yang terajin update,
cik yat =)

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.