بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
semasa dalam kelas pembelajaran falsafah sains dan teknologi petang tadi, aku agak tertarik dengan tajuk perbentangan satu kumpulan pelajar ni. berkaitan dengan saintis islam dan thinker. Mereka memfokuskan kajian mereka dengan membuat perbandingan tokoh-tokoh perubatan islam seperti Ibn Sina dan al-Majusi dengan tokoh perubatan dari barat seperti Paracelsus. Gaya penyampaian mereka yang menarik dan jelas memanglah membuatkan aku tetumpu pada apa yang mereka bentangkan. hoho. kesimpulan yang dapat dibuat ialah para pelajar atau muda mudi sekarang perlulah menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan melalui pembacaan dari sumber yang sah agar kita lebih memahami pengetahuan yang kita ada atau kita dengar atau kita pelajari supaya kita dapat berkongsi fakta yang benar dan bukan fakta yang salah atau fakta yang diragui kesahihannya. berfikir dahulu dan kajilah dahulu sebarang maklumat yang kita perolehi dan jangan suka suka sebarkan apa yang tidak benar sama sekali. hoho.
yang kedua, wehoo. bulan may sangatlah yang dinanti kerana majlis konvokesyen yang dinanti-nantikan akan tiba. Lalala. walaupun konvo ku berlangsung sewaktu weekday, aku rasa bersyukur sangat sebab kedua raja dan ratu hatiku akan hadirkan diri. terima kasih ibunda, terima kasih ayahanda :) semoga perjalanan kalian untuk meraikan anakandamu di sini selamat. Ya Allah, lindungilah kedua ibu ayahku dari sebarang musibah yang tidak baik. aminn. hari ahad nie ak perlu mengambil jubah konvoku. berhasrat untuk terpacak di dewan sultan iskandar lepas jam 7.00 a.m. bajet jubah akan habis saiz. haha. aku bukan apa, g awal2 sebab kesian plak kat kawan aku yang kecil molek nanti xdapat saiz kecik. kang memang betul2 jadi jubah plak dah xnampak baju cantik dia. hehe. xsabar nak jumpa kawan2 yang sudah bekerjaya tu. siap la korang, kami yang belajar2 lagi ni nak paw orang yang dah ada duit poket nie. haha. ayat baik sikit, sepatutnya korang yang sudah bekerjaya perlulah bersedekah kepada kami yang belajar2 ni supaya lebih berkat gaji yang korang terima tu. *ngeh3x*
akhir sekali, aku ni xde la lapang sangat untuk update blog nie tp td aku teringin nak menulis sesuatu. so aku luangkanlah sedikit masa untuk menaip. sejak aku menonton drama The Moon That Embraced The Sun, aku makin sukar plak tengaok drama korea sikit2. sekali tgk nak sampai habis. maka aku terpaksa menghentikan hobi aku untuk menonton drama korea yang lain kerana dibimbangi akan melalaikan aku. haha. kesian. terpaksa strict kan diri sendiri supaya xlalai dalam tempoh setahun setengah ni. hehe. akhir kalam, selamat maju jaya. selamat malam.
ditari oleh jari jemariku,
Cik Yat

No comments:
Post a Comment