بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
kini sudah berada di penghujung mingu ke-10 dalam kalender akademikku. dah 10 minggu rupanya aku melalui fasa sebagai pelajar sarjana ni. banyak suka dan duka dilalui. berita terbaru, hari ni, blok H25 tetiber xde air. terpaksa mencari sumber air blok berdekatan untuk mandi. alhamdulillah, ada air di blok jiran iaitu H22. mandilah dengan senang hatinya. hoho. dan jam 5 petang, akhirnya air sudah ada. terima kasih kepada plumber yang bersusah payah membetulkan apa yang rosak tu. hoho. aku siap msg kat pak cik plumber tu lagi. dapat number plak dari kawan aku yang kebetulan lalu kat tempat yang sedang diabiki. pak cik tu pesan msg dia kalau sejam lagi xde air (kira2 dalam 4 pm la). and masa aku cek air xnaik lagi ke shower. sudahlah hari ni terasa bahang. habis tingkap semua aku bukak dengan pasang kipas no.5 (rasa nak terbang sebab kipas baru lepas dicuci). hoho. td dah boleh basuh baju lagi. harap2 tiada lagi masalah air kerana aku sangat memerlukan air. hehe.
hari ni, xde la produktif sangat sebab 1 assignment pun belum siap. ini disebabkan novel Isteri Separuh Masa la. hoho. aku target nak abeskan and i really make it. start baca pagi td and habis baca jam 6.53 p.m (jam adidas pinky ku =) ). menarik jalan ceria dia. hoho. ada ke lelaki seperti watak Nazrin Shah Abdullah dalam dunia reality? mungkinkah benar sang lelaki merupakan pencinta setia? ego seorang lelaki masih belum aku fahami sampai sekarang. haha. sudah2. lupakan cerita novel. itu hanyalah tulisan dan angan2 yang xpasti benar2 berlaku atau rekaan semata-mata. rasa bersemangat menaip sambil menikmati teh herba bersama waffle gardenia ketika ini. yummy =)
tadi, kawan aku melawat ke bilik and beliau nak tgk baju untuk konvo ak. bila aku keluarkan baju tu, aku rasa xtw nak cakap mcm mana. aku rasa mcm tak terungkaplah. melihat jahitan manik di hujung lengan bajuku, cukup ingatkan aku pada bonda tersayang. sungguh...aku seperti anak kecil lagi..when talk about jasa seorang mak dan abah, hatiku mudah terusik. dan aku duduk kat rumah tu x lama. 12 years aku betul2 duduk di rumah. another 10 years lepas tu aku berada di tempat lain yang dinamakan asrama. memang balik every month masa secondary school dl, cuti lama in between semester masa di matrik dan universiti, but it still rasa lain. hoho. malas aku nak elaborate panjang2 lagi. i just need to keep it inside in my heart and i hope they know that i love them too much eternally...
aku perlu menyambung kerja-kerja terbengkalai ni segera sebab esok pagi2 lagi dah nak g beratur ambil jubah. hoho. awal bonar ko ambil jubah ye cik yat. bia senang skit. weekdays memang x free la nak beratur depan stor jubah tu. hoho. its 8.10 pm already(jam adidas pinky ku =) ). suka benor nak mention jam dia. tu la satu2 nya jam feveret aku yang aku sentiasa pakai. sian casio. harap bersabar. aku hanya pakai casio untuk ke tempat2 tertentu sahaja. i love my pinky watch! thanks to the important person who gave me as a present.
ku bisikkan kata cinta dan rindu ku padaNya...semoga Dia menyampaikan rindu dan cintaku pada dia yang kurindui dan kucintai.
minum teh + makan waffle
Cik Yat

No comments:
Post a Comment