Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Wednesday, December 29

dah hari rabu ke???

salam 'alaik.

sambil menaip blog hari ini, aku turut menyasikan perlawanan akhir kali kedua Piala AFF Suzuki. Tahniah pasukan Malaysia menjulang kemenangan meskipun tewas 1 mata di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
sambil2 2 aku duk pikir gak la sekarang ada 2 hari je lagi duk kat umah. 1 Januari akan tiba...haila..malasnya mahu pulang... =(

seronok sangat hari nie sebab kad dan present yang ditunggu-tunggu telah tiba. rase nak melompat2 juga la nasib baik cover langsir kalo x kantoi ngan abang posmen tu. hehe. yelah. lame kot tgg...biasa seminggu lebih je nie dah masuk minggu ke empat...nasib baiklah sampai sebelum aku terbangggg ke skudai... =)

petang tadi pergi kedai utk beli casing hard disk from my baby compaq. maaflah xdapat diselamatkan laptop 2. so komponen2 yang berpotensi dijual adalah adapter yang baru dibeli dalam 2 bulan je. pas2 bateri yang ada hayat dalam tempoh 1 jam. agak2 ada x orang nak beli. nie sesuai untuk laptop compaq presarion v3000 je ok. my new external case lebih kurang mcm dalam pic kat bawah nie.


esok nak start kemaskan barang la. kalo sempat nak wrap kan kesai 2010 nie. hehe.  ok la. penat otak menyusun ayat. c u on the next entri...tata :)

p/s: hari nie pertama kali masak untuk cuti nie...bagus x cik yat...haha...menu ayam masak black paper, ikan goreng dan bendi celur.. yummy3x...malam mak masak gulai tempoyak ikan patin...terbaik lah! =) 

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.