Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhukan
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambut kamu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletakan diatas lantai
Lalu dilaksanaka solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah,selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup??
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput??
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum kamu diusung keliang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..
Iringilah dirimu kemasjid
Sebelum kamu diiring ke pusara....
Tangisi dosa-dosamu didunia
Kerana tangisan tidak berguna lagi dialam baqa'....
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu di istghfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah dimana saja kamu berada...
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru....
Sambutlah seruan-Nya sebelum Dia
Memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya.....
Setitis air yang tidak bererti.........
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti......
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ketanah ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan "Hayya 'alas solaah'.....
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alah falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.....
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan....
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali kepangkuan Tuhan....
Pada hari itu tiada berguna...
Harta,tahta dan putera
Isteri,kad kredit dan kereta
Kondominium,saham dan dunia
Kalau dahi tak mencecah sejadah didunia..................
sumber:
Facebook Mujahid (PERKONGSIAN ILMU)

No comments:
Post a Comment