Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Thursday, December 2

yang pertama tiada duanya...

mane mungkin aku dapat beli lagi kalkulator yang sama dengan menggunakan wang simpanan masa kat matrik dulu kan. hihi. masih bertahan hingga kini dan hanya pernah tukar bateri sekali kerana pengunaan yang sangat minimun, 

getah rambut kesayangan kawan baik semasa di plkn serta surat wasiat yang terakhir. hee. comel la kau nie atie. sanggup bagi kesayangan ko pada ak. tak pe. aku tetap akan simpan dan sekali sekala balik ke rumah aku pasti akan buka kotak kenanganku untuk membaca warkah itu berulang kali. tp getah 2 x sanggup nak pakai sebab sayanggggg bangat.. xjumpa plak kat kedai ok. sayang atie. =) wat pengetahuan korang atie nie sama nama ngan aku. cuma nama ayah aje yang lain. 

kad raya nie? banyak kenangan pahit manis ngan tuan yang beri kad nie. xpela. aku harap dia bahagia n happy2 la an sekarang walaupun dah x contact, hari 2 aku ada antar msg and dia reply 'sapa nie?'. ok great. dia totally sudah melupakanku. maka wajar lah bagi aku untuk mendelete nombor beliau juga. kalo berjodoh lagi bertemu dengannya aku pasrah. namun jika tiada terserahlah. Allah telah menetapkan hal yang terbaik bagi setiap manusia kan. pape pon aku tetap tegar menyimpan kad ni sebab kad nie totally handmade. i love handmade things sebab very valuable dan sangat2 la bermakna bagiku. =)

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.