assalamualaikum.
pagi2 td dah bgn awal p balik kampung kemahang ziarah jenazah bapa saudara a.k.a sepupu emak. mudahnya beliau meninggal. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum. cucu beliau = anak sedara cik yat. rupa2 nya anak sedara cik yat sama menuntuk di UTM Skudai tp dia civil engineering. dah la tua setahun dari cik yat. haish. kurang mengenali la saudara la cik yat bie. kui3x. ampun2. insyaallah kami akan grad sama kowt. wee. mcm seronok grad dengan anak saudara. cik yat sungguh kagum melihat isteri arwah a.k.a mak saudara kerana beliau nampak tabah. rilek je borak2. anak cucu la nampak ngs x brenti2. sayu ase.
Teringat plak masa arwah aki meninggal masa tahun 2000. masa 2 cik yat darjah 5. mak balik kampung dulu dengan menaiki bas n masa 2 cik yat kena tgg abah cik yat pulang dari sekolah. jaga n siapkan barang adik2 nak bawak balik kampung. mak cik yat sangatlah bersedih masa 2. pas2 cik yat pulang ke kampung bersama abah cik yat serta jiran sebelah (masa 2 jiran sebelah ustaz mahayuddin n ustazah hazami). kalo x silap masa 2 dah malam. keesokkannya cik yat baru la rase sedih n ngs2 je masa arwah aki dikapankan. masa 2 baru sedar aki dah xde. pas2 mak cik yat suh cik yat bancuhkan susu adik yang bongsu masa 2. cik yat ingat lagi cik yat ngs2 juga masa bancuh susu adik 2. sedih sangat. ye la. dah xde aki dah. xde dah orang nak bawak cik yat n adik2 g pekan sari naik kete katak warna merah. xingat model ape kete 2 tp cik yat pangil kete katak je sebab mcm bentuk katak. kui3x. pas2 cik yat ikut juga la sampai ke kubur. tp oleh kerana masa 2 zaman budak2 lagi dan x matang, cik yat boleh plak leka main ngan sepupu n x sedar yang aki dah dimasukkan ke dalam liang lahad. maka cik yat terlepas melihat jenazah aki buat kali terakhir. sedih ;(
Masa arwah wan pula, tahun 2008, seminggu sebelum cik yat menjejak kaki ke utm skudai. mak sekali lagi bertabah dengan pemergian bonda tercinta. sangat ralat di hati cik yat kerana 2 3 hari sebelum 2 mak cik yat ingatkan cik yat telefon arwah wan bgth nak berangkat ke johor untuk sambung belajar. cik yat masa 2 agak 'kalut' dengan persiapan barang2 ke u. terlupa juga. hish3x. sedih juga la. tp sempat melihat jenazah dan cik yat bersungguh2 pergi ikut juga kebumikan jenazah wan cik yat. masa kebumi 2 pas isyak if cik yat x silap la. kubur arwah wan cik yat di kuantan sebab arwah meninggal dunia kat rumah pak cik cik yat. mudah juga. semoga Allah merahmati roh aki dan roh wan cik yat dan roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh. =)
tadi, hujan juga di kampung kemahang. sempatlah cik yat melihat kesan banjir besar yang berlaku baru2 nie di kemahang. orang kampung cerita nampak kelibat naga semasa banjir 2. hujan cuma 4 jam tp boleh banjir besar juga. pelik juga sebab sungai kemahang 2 xde la besau mane. Wallahualam bi shawab.
penat melayan sepupu2 kecik nie. adik2 cik yat xde. just cik yat dan mak saja yang balik ke kampung bersama pak cik dan sepupu dari kuantan. so, cik yat la yang kena melayan kanak2 7,6 dan 4 tahun. nasib la xgaduh2. kalo x abes pening la kepala cik yat. tp abes juga la bateri cik W280i cik yat. abes game2 dimain. nasib x melayang je hp 2 sebab jadi rebutan juga. game cik nokia 6300 x syok. nasib la. hihi. nak iphone..opss...ngee.. hurm.. hujan renyai2 juga sebelah pagi. alhamdulillah matahari muncul juga di waktu lebih kurang jam 12.. bagus juga la..dapat la balik dengan cuaca yang baik. pukul petang cik yat sudah tiba kembali ke rumah cik yat. pas2 boleh p shopping2 jap kat TF mart. (sebelah umah je k. 5 minit jalan kaki). balik mandi2 pas2 sediakan makan malam n done. nie baru pas iron baju incik abah. esok cik yat duk ngan adik je sebab incik abah dan puan mak pergi kerja. haila...saya mahu buat apa esok? =?
p/s: esok nak breakfast ala2 western la. hihi. ;p
Kematian datang secara tiba-tiba.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)
sumber: UstazAzhar.com
Saya bukan mesin ATM?
2 weeks ago

No comments:
Post a Comment