Doa Penerang Hati :)

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Friday, December 31

Entri Terakhir 2010...

salam 'alaik.

apa khabar semua. sejukkk lagi hari nie. barang2 dah siap kemas. ramaiii giler orang kat Tong Fatt td...haha...selit2 juga aku g beli barang...3 plastik je boleh mencecah rm100. apekah? pas2 g rumah nenek sedara kat kg temin. seronok tgk kezen yang comelll bangat. pas2 balik umah sambung operasi mengemas yang sebahagiannya telah siap pagi td. then sekarang masa surfing internet. oh ya. duit ptptn telah selamat masuk ke dalam akaun semalam. semalam juga aku x online check cimbclicks tuh. selamat dah. boleh la settlekan yurang internetku yang tertunggak tuh. haha. esok plak sampai sane pas2 nak gerak p taman johor jaya. adik kepada kawan ku buat majlis pertunangan pula. nak x nak kena p la pasal dia nie kira mcm bff aku gak la. walaupon dah kurang rapat mcm mula2 kawan dulu (ada konflik pernah berlaku dan salahku xluahkan semua, maka tercipta sedikit jurang kerana aku tidak lagi menceritakan apa2 tentang diriku lagi...teettt). muda2 dah tuang ye dik. langkah bendul. fyi, adik dia muda 2 tahun. so sekarang baru berusia 19 tp thn 2011 dah 20 la. semoga jodoh adik berkekalan sampai jinjang pelamin n seterusnya ke syurga (insyaallah). ok lah. itu saja sedikit coretan akhir tahun ini. semoga tahun 2011 akan mencipta lebih banyak kisah indah dari yang tak indah. aku berdoa semoga urusanku dalam projek sarjana muda dipermudahkan...aminn... ok la.

Selamat tinggal Jerantut and Selamat Datang ke Skudai =)

p/s: nak mandi ke x pukul 2.30 pagi nie....hee

No comments:

Surah Al Insyirah/Alam Nasyrah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Alam Nasyrah selesai solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijahkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.